Samada sekolah ataupun institusi pengajian tinggi, saya perhatikan, banyak yang hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti kelas tambahan, program akdemik dititik berat dengan begitu hebat & diberi peruntukan yang lama & banyak, sedang program Islam & kerohanian dibiarkan, malah dalam setengah-setengah kes, dihalang.

Islam tidak pernah menghalang manusia memburu kejayaan akademik, bahkan menggalakkannya. Malangnya, ramai mereka yang bergelar ahli akademik & pentadbir tidak menganggap Islam & pendidikannya itu penting, sebaliknya, jika ia program hiburan & bermotifkan keseronokan, ia diberikan ruang yang seluas-luasnya.

Hasilnya? Kalaupun pelajar-pelajar itu berjaya sekalipun, jiwa mereka kosong…bahkan mungkin menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih teruk untuk masyarakat.

Mungkin mereka patut membaca tulisan Profesor Kamil di bawah ini;

_____________________________________________

CGPA

Saya tidak pernah memaksa secara bersungguh-sungguh untuk anak-anak belajar bersungguh-sungguh. Saya kisah tetapi dengan cara yang sangat tidak menonjol.

Tentu sekali saya lebih kisahkan tentang solat lima waktu. Azrailah yang selalu saya tinggikan suara bila tidak ke masjid. Bila saya ke luar kawasan, soalan pertama yang saya tanya apabila membuat panggilan ialah: “Pergi ke tidak ke masjid….. kejut adik. Ajak Amirul sekali”.

Dulu lain, sekarang lain. Saya mahu mereka menjaga solat. Saya nasihatkan mereka bagaimana untuk belajar di UiTM tetapi yang lebih penting mempercayai yang Allah akan sentiasa hampir jika kita menghampiri DIA.

Saya bersyukur bila Azrai mendapat CGPA 3.30 bagi keputusan semester pertama. Cuma saya mencabar beliau: “Ayah grad 3.53. Azrai kena mengatasi CGPA tersebut!”.

“Mama, mama, kakak dapat 3.47…. projek poster akak dapat A+,” saya terdengar Sara memanggil Roza. Pertama kali saya melihat Sara berperasaan. Beliau cukup pandai menyembunyikan perasaan. Cooool! Tentu sekali saya tidak pernah terfikir untuk membenarkan anak-anak saya mengambil program grafik di fakulti, Art and Design.

“Azrai, Sara pergi sujud syukur,” saya dan Roza hampir serentak membuat arahan.

CGPA tidak akan membawa erti yang besar kalau ingatan kepada Allah terpisah. Sedikit kejayaan yang dicapai adalah anugerah Allah. Ia rezeki dan nikmat yang perlu disyukuri!

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. khairaummah says:

    Syukran atas perkongsian. Moga dengan kudrat yang sedikit ini kita sempat melihat perubahan ke arah kecemerlangan pada sistem pendidikan insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s