Sempena sambutan 2 dekad Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh pada 9 Januari lalu, malam itu telah berlangsung pementasan teater ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’. Ia ditulis oleh Dinsman berdasarkan kisah dalam hadis. Dilakonkan oleh Sabri Yunus yang memegang watak Kaab bin Malik dengan muzik oleh Sani Sudin.

Sebelum ini teater ini telah mencatat sejarah di Permatang Pauh juga apabila ia dipersembahkan di Masjid Batu. Boleh baca ulasannya di sini.

Pengalaman saya pernah menonton teater waktu belajar di UiTM dulu (bukan sebab minat, tapi sebab tiketnya free time tu) mendedahkan saya bagaimana teater sebenarnya satu medium yang sangat mengesankan, kerana ia merupakan lakonan secara live yang biasanya ditambah dengan effect yang menarik, apatah lagi jika ia mempunyai skrip yang baik. Dan skrip dari Dinsman ini tak diragui lagi keindahannya, bila ia berdasarkan daripada hadis Nabi s.a.w.

Selepas teater tersebut tamat, ia disusuli pula oleh tazkirah khas menyimpulkan kisah berkenaan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Radzuan.

*Ia kisah 3 org sahabat – Ka’ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi’e dan Hilal bin Abi Umayyah di pulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana secara sengaja tidak menghadiri Perang Tabuk, kawasan yg agak jauh di utara Madinah.

Ketika Rasulullah saw mengeluarkan arahan supaya sahabat bersiap untuk berjihad menentang tentera Rom di Tabuk, ALLAH SWT menguji mereka dgn 3 keadaan:
1. Cuaca adalah tersangat panas
2. Perjalanan agak jauh
3. Buah tamar pula sdg masak ranum

Sahabat bersiap untuk ke Tabuk, Ka’ab pula berlengah2, sehingga terlepas untuk ke Tabuk. Sekembali Rasulullah saw dari Tabuk, para sahabat yg tidak ke Tabuk dtg mengadap Rasulullah saw dan menyatakan keuzuran masing2, termasuk Ka’ab, Murarah dan Hilal.

Mereka tidak dipedulikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari!

Rasulullah saw melarang org ramai bercakap2 dgn Ka’ab. Murarah dan Hilal.

Kata Ka’ab- `Aku merasakan seluruh penghuni bumi menolak aku! Bumi Madinah ini bukan bumi yg aku kenal sebelum ini!’

Kata Ka’ab lagi- `Aku beri salam pada Rasulullah saw dalam majlis, aku tertanya2, apakah Rasulullah saw menggerakkan kedua2 bibirnya untuk menjawab salamku?’

Ka’ab dan 2 sahabat lagi menangis tanpa henti kerana Rasulullah saw tidak memperdulikan mereka lagi. Masuk hari ke -40, datanglah utusan Rasulullah saw bertemu Ka’ab untuk menyampaikan arahan Rasulullah saw supaya mereka bertiga memisahkan diri dari isteri2 mereka- tidak dibenarkan menggauli isteri2 mereka!

Mereka bertiga terus merintih, merayu kpd ALLAH SWT agar mengampunkan dosa mereka kerana tidak ke Tabuk. Sehinggalah apabila masuk hari ke-50, selepas subuh, berlari2lah Abu Qotadah r.h., menyatakan kpd mereka bertiga bahawa ALLAH telah menerima taubat mereka.

Di Masjid Nabawi…….. Rasulullah saw mengizinkan org ramai untuk ucapkan tahniah kpd Ka’ab, Murrah dan Hilal r.h.m. Rasulullah bersabda- `Bergembiralah dgn kebaikan di hari yg engkau tempuhi sejak dilahirkan ibu engkau!

Kata Ibn Taimiyyah r.h.m – Inilah maknanya, bahawa tiada peristiwa paling hebat yg kita tempuhi dalam hidup kita, semenjak dilahirkan ibu, melainkan hari di mana taubat kita diterima ALLAH SWT.

Mungkin kerana banyak terbaca mengenainya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk turut sama menontonnya dengan sahabat baru saya Sdr. Faris  dengan tiketnya cuma berharga RM5. Sabri Yunus memberi satu persembahan yang sangat baik, begitu juga Sani Sudin dengan gesekan & petikan biolanya yang dengan cantiknya melagukan jalan cerita dengan bersahaja.

Saya tidak tahu apa yang dirasakan penonton lain. Mungkin ramai yang agak kurang selesa dengan keadaan dewan yang ‘agak kurang sejuk’ & beberapa gangguan kamera dari penonton yang ‘nakal.’

Bagi saya, ada 2 mesej penting dalam karya ini.Pertamanya, kepentingan & hikmah berkata benar. Ka’ab mengambil keputusan untuk berkata benar walaupun ada yang tidak berbuat demikian & dimaafkan, & walaupun dia punya pilihan itu, dia memilih untuk berkata benar, yang membawanya kepada ujian & tekanan yang teramat berat, yang akhirnya bukan saja membawa hikmah kepada dirinya, bahkan menjadi pengajaran berguna kepada seluruh umat Islam hingga kini.

Kedua, betapa kita semua mesti bertaubat. Dalam satu scene Menunggu Kata dari Tuhan, Ka’ab menceritakan apa yang berlaku ketika dia dalam tempoh dia tidak dipedulikan itu, saya ingat kata-kata dari watak Ka’ab itu, tentang bagaimana apabila beliau cuba melihat wajah Rasulullah s.a.w, & apa yang terjadi…kata-katanya waktu itu;

“Baginda memalingkan muka.”

Hati sekeras manapun, tapi bayangkan Rasulullah s.a.w berpaling muka dari kita…apabila kita melihatnya…astarfirughllah…saya tak dapat bayangkan perasaan Ka’ab pada waktu itu. Jatuh air jernih dari mata ini saat itu, terfikir kalaulah orang seperti Ka’ab yang bertaraf sahabat itu tidak sudi dilihat oleh kekasih Allah di saat itu kerana dosa & silapnya…maka apa yang akan terjadi pada diri aku ini di akhirat kelak?

Layakkah aku yang penuh dosa ini dilihat oleh Baginda Rasulullah s.a.w.? Mahukah Rasulullah s.a.w. yang mulia itu melihat aku?

Kita selalu mengatakan kita ingin bertemu baginda di akhirat, memohon syafaatnya di akhirat…layakkah kita? Layakkah aku? Layakkah?

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami. Maafkan kami jika kami ada melupakanMu & RasulMu Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah.

Amin…Ya Allah Ya Robbil alamin.

*Terimakasih kepada mereka yang telah menjayakan & membawa teater ini kepada kami.

*Sinopsis* di atas adalah dari Ustaz Halim Nasir di http://halimnasir.blogspot.com/

**Sahabat-sahabat saya di Sabah…mungkin boleh berusaha membawa teater ini ke Sabah pula…insyaAllah berbaloi.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s