Ustaz Mud & Ustaz Naim

 

 

Abangnya bernama Hishamudin, atau biasa saya panggil Ust. Mud. Beliau adalah sahabat yang saya kenali sejak berhijrah ke Penang, berkongsi satu tempat kerja & fikrah perjuangan. Seorang ustaz & warden yang gigih menanam fikrah Islam untuk pelajar-pelajarnya samada melalui surau Al-Amin & mana-mana saluran yang mungkin. Seorang yang istiqamah dalam ibadah & banyak menyedarkan saya tentang kekurangan amalan saya. Bila apa yang saya rancangkan untuk anak-anak didik mendapat ujiannya yang pertama, Ustaz Mud menceriakan saya dengan katanya, “Biasa la buat kerja Islam ni, mesti ada mehnah & tribulasi,” & kata-kata yang diucapkan sambil tersenyum itu membuatkan saya juga tersenyum, terkenangkan ujian dalam perkara yang sama yang pernah dihadapi di Sabah dulu. Lalu diri tersenyum & semangat semakin menebal, lantaran sahabat seperti Ustaz Mud yang saling memperkuatkan.

 

 

Ustaz Mud & heronya, Zakuan

 

Adiknya Ustaz Naim pula saya kenali bila kami sama-sama menyertai ESQ sebelum ini. Seorang yang gigih berdakwah & mengatakan yang haq kepada yang muslim & tidak. Bukan sedikit ujian yang dihadapi, sehingga terpaksa bertukar tempat mencari nafkah, tapi kedegilannya berkata benar terus mendorongnya melangkah menggunakan apa saja yang terdaya, untuk memastikan masyarakat sedar , & kembali kepada apa sebenarnya yang diperintahkan oleh Allah & Rasulnya yang mulia.

Mereka adalah 2 adik-beradik yang saya kenali dari keluarga Tok Imam. Dididik dalam persekitaran jemaah Islam yang meletakkan akhirat sebagai matlamat oleh abah mereka Tok Hashim bin Abdul Rahman & mak mereka  Pn. Siti Zalikah binti Hj. Hassan.

Personally, saya kagum melihat keakraban, juga nilai-nilai hidup yang diamalkan keluarga ini. Berdasarkan pengalaman, saya melihat orang-orang yang hebat biasanya datang dari keluarga yang mempunyai 2 ciri ini. Melihat ke dalam diri saya, saya tertanya-tanya, adakah saya pun bisa memiliki keluarga seperti itu? Jujurnya, saya tidak ada jawapannya, tapi pastinya jawapan itu terletak pada sejauh mana usaha saya meletakkan kepentingan Allah melebihi kepentingan yang lain, & Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Saya doakan sahabat adik-beradik ini agar sentiasa diberkati, saya doakan keluarga Tok Imam ini agar sentiasa dipermudahkan urusan dunia & akhiratnya, begitu juga dengan keluarga-keluarga di luar sana yang hidup matinya untuk Islam. Amin Ya Robbil alamin.

 

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keuntungan yang besar.

Al-Buruuj:11

 

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

4 responses »

  1. ibnu muslim says:

    Takbir..allahuakbar.
    Samalah2 kita tegakkan yang hak di atas muka bumi ini…

    “Al-Islamu ya’lu wa laa yu’la ‘alaihi”
    Artinya : Islam itu tinggi dan tiada yang dapat menandingi ketinggiannya

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Senantiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah.” (HR. Muslim).

    Rasullullah Sallahu A’laihi Was salam pernah bersabda:

    “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya
    adalah sedeqah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi
    ahlinya di dunia dan di akhirat. “(HR. Ar-Rabii’)

    Dalam hadith yang lain pula Rasullaullah Salallahu A’laihi Was Salam bersabda:

    “Sesungguhnya Allah, para malaikat,para penduduk langit dan bumi, sehingga semut-semut didalam lubangnya, juga ikan-ikan di lautan, semuanya mendoakan seseorang yang mengajarkan kebaikkan kepada manusia”(H.R At Tirmidzi)

    ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

  2. Kurd says:

    MACE KENAL UST MUD TU. DULU DIA NGAJI UTM DOK? KALU BETUL SENIOR KAWE TU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s