Biasanya, saya tak menulis mengenai isu seperti ini, tapi ada perkara yang buat saya ‘menyampah.’

Bahasa Melayu telah biasa diperlakukan sesuka hati. Tulisan jawi kini sudah hampir pupus, terutamanya bagi generasi muda.

Kemudian timbul pula isu PPSMI, saya dah tulis pasal ni panjang lebar di sini.

Dan kini BM menjadi bahasa yang semakin tak praktikal. Mengunakan perkataan-perkataan syok sendiri yang tak digunakan dalam kehidupan sebenar.

Contoh paling ketara, perkataan ‘baharu.’

Maklumat yang saya dapat, ia untuk membezakan antara ‘new’ & ‘just’. Contohnya “Ini kereta saya yang baharu.” & “Saya baru beli kereta ni” Tolong betulkan kalau saya salah.

Biasanya ini berlaku untuk mengelakkan kekeliruan, tapi, sejak bila pula rakyat Malaysia keliru dengan perkataan ‘baru’? Biasala satu perkataan tu ada banyak maksud. Apa masalahnya?

Dah selalu saya tengok perkataan tak praktikal ni dalam iklan, sekarang Chinese New Year pun jadi Tahun Baharu Cina di TV.

Bila sesuatu yang tak praktikal cuba diterapkan, kebarangkalian untuk sesuatu itu pupus atau ditinggalkan sangat tinggi, itulah yang berlaku pada BM sekarang.

Hmm…saya bukan fanatik mana-mana bahasa, Islam itu untuk semua bahasa, & bahasa syurga pastinya Bahasa Arab, cuma menyampah dengan sesuatu yang tak praktikal yang tak perlu wujud pun. Sepertimana sistem pendidikan kita yang sering berubah dasar tanpa kajian terlebih dahulu.

Baiklah, terimakasih kerana membaca posting baharu saya ni. (memang tak praktikal bunyinya kan? hohoho…)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s