Dipetik dari Blog Dr. Lo’Lo’: http://docpearl.blogspot.com/

Maksiat: Rakyat Mesti Buat Perubahan Dalam Pilihan Raya Nanti

Kesal sebab sebagai menteri yang bertanggungjawab Sharizat hanya menasihatkan agar mana-mana wanita atau ibu bapa yg menghadapi masalah utk membela anak (termasuk yg tersilap buat anak) agar pergi ke JKM. Inilah masalahnya, pemimpin UMNO BN tidak sedar bahawa ini adalah produk; jika padi yang ditanam, padi akan tumbuh itu pun lalang tetap mencelah naik, tetapi jika lalang yg ditanam lalang memang akan hidup subur.

Dato Seri, tidak mudah bagi rakyat untuk dapat bantuan apatah lagi untuk dilayan & kaunseling di JKM. Saya yang bekerja langsung dengan rakyat tahu sangat kerenah birokrasi dan tidak peduli/tidak sensitifnya SEBAHAGIAN kakitangan JKM. Usahkan pegawai Dato, malah DS sendiri pun tidak bersungguh dalam menjawab dan respon kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan kepada kementerian Dato semasa sesi soal jawab dan perbahasan bajet yang berlalu hujung tahun 2009. Macam mana DS nak harap orang bawah Dato bersungguh-sungguh. Kalau Dato sendiri buat acuh tak acuh kepada wakil rakyat, adakah DS rasa pegawai bawahan DS di pejabat-pejabat JKM akan acuh & bersungguh dengan rakyat?

Masalah buang bayi adalah end product. Kalau kerajaan UMNO terus menyuburkan aktiviti menggalakkan pergaulan bebas yang membawa kepada perzinaan, maka masalah buang bayi akan terus berleluasa, sedangkan Allah berfirman Laa taqrabuzzina yakni jgn DEKATI zina, bermakna apa jua suasana yg menjurus kepada perzinaan yg akan menghasilkan anak-anak luar nikah hendaklah dicantas awal-awal.

Ikut ajaran dan hukum Islam adalah terapinya DS !!

Quote: Harakahdaily
MELAKA, 12 Feb: Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani gejala maksiat termasuk pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab berkata, rakyat negeri ini juga bertanggungjawab terhadap gejala maksiat yang berlaku itu kerana memilih kerajaan BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal itu.

“Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008.

“Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Begitupun beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyifatkan insiden penemuan mayat bayi perempuan di tepi pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, di sini kelmarin sebagai amat mendukacitakan.

“Namun saya mengharapkan kerajaan negeri bukan setakat memberi cadangan supaya anak-anak malang sebegini dihantar ke rumah kebajikan tetapi yang lebih penting mencari punca sebenar mengapa bertambahnya anak-anak luar nikah bertambah di negeri ini saban tahun,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri yang berkuasa mesti mengambil tindakan serius bagi mengurang dan membasmi perbuatan dosa besar itu di mana punca-punca maksiat yang mungkin menjadi pendorong kepada zina mesti ditutup dan dihentikan.

Di Melaka, ujarnya terlampau banyak pusat maksiat seperti premis-premis pelacuran, kelab-kelab malam, pub, dangdut dan sebagainya di samping tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, taman-taman dan sebagainya menjadi tempat anak-anak muda berdua-duaan tanpa segan-silu.

Selain itu, katanya rumah-rumah urut bercambah dengan banyak, program-program maksiat iaitu percampuran lelaki dan wanita juga sentiasa diadakan malah ianya dianjurkan sendiri oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri.

Justeru, katanya sudah sampai masanya kerajaan negeri menutup segala tempat-tempat maksiat yang menjadi tempat merebaknya mukaddimah zina dan seterusnya perzinaan.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s