Pada 29-31 Januari, saya berpeluang mengikuti ESQ Basic Training di Dewan Millenium, Kepala Batas. Terimakasih kepada PUZ yang menaja saya & rakan-rakan. Kami dibimbing oleh Pak Andi, dibantu oleh Sdr. Faizi & Sdr. Farhan. Terimakasih buat kalian.

Bersama Sdr. Faizi & Pak Andi yang sangat friendly

Sebelum ini, saya mendapat maklumat mengenai ESQ dari sahabat jauh Mu’adz & Kak Susi, juga dari kunjungan Ustaz Hafiz Nordin semasa saya di Sabah sebelum ini.

Ia lebih kepada perasaan ingin tahu mulanya, tapi ia memang berbaloi. Secara peribadinya, bagi saya ESQ adalah satu program motivasi & muhasabah yang menggunakan pendekatan melalui Al-Quran, hadis, & sains. Ianya dikemudikan dengan begitu profesional disamping menggunakan paparan & sistem bunyi terbaik, memberikan kami satu perjalanan pengalaman yang sangat memberi kesan.

Hati yang waras pastinya tersentuh dengan keagungan Allah & bukti-bukti kebenaran Al-Quran yang dipaparkan dengan cara yang sungguh mengesankan. Saya sendiri secara peribadi tak dapat menahan diri apabila kisah-kisah manusia mulia bernama Muhammad Rasulullah s.a.w. , Ibrahim a.s., & Ismail a.s. diceritakan kembali dalam method yang membuatkan diri ini kembali ke fitrah, menangis mengenangkan orang yang disayangi; manusia-manusia mulia yang mengorbankan segala-galanya untuk Allah yang dikasihi dari hati yang paling tulus. Juga bila Asma Allah itu dikumandangkan dengan mengenang dosa-dosa diri, betapa kerdilnya diri ini, betapa aku menzalimi diriku sendiri selama ini. Tapi Allah masih memberiku peluang untuk bernafas, maka nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan?


Bagi saya, ESQ adalah untuk semua orang, tanpa mengira apa fahaman politik, cara hidup, kepercayaan, atau tujuan anda. Samada untuk yang ingin meningkatkan prestasi diri & organisasi, untuk mereka yang ingin berubah & bertaubat, untuk mereka yang ingin menjadi manusia yang lebih baik, & pastinya untuk mereka yang ingin melihat kebenaran Islam, dan menyedari bahawa nikmat terbesar ialah apabila bertemu dengan Allah, & itulah cita-cita mereka yang benar-benar mengasihi Tuhannya.

Sebab itu, saya amat menggalakkan & menyatakan di sini, ESQ patut dihadiri oleh yang bukan & belum Islam, & lihatlah jika anda boleh nafikan lagi kebenaran Al-Quran. InsyaAllah, dengan izin Allah, anda akan melihatnya.

ESQ bukan program yang bersifat mementingkan diri. Bila anda pernah mengikuti trainingnya, bermakna anda telah menjadi alumni, & anda boleh mengikuti mana-mana program ESQ yang sama selepas itu dengan percuma, now that is truly a recharge.

Kepada Pak Ary, Pak Andi, Sdr. Faizi, Sdr. Farhan, Ustaz Hafiz Nordin, PUZ, para ATS, & mereka yang telah membawakan ESQ untuk kami, terimakasih. Moga Allah membalas amal ikhlas kalian dengan kebaikan. Sama-sama kita sebarkan kebenaran itu, insyaAllah, dengan apa saja cara terbaik kita.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke http://esq.com.my/v1/

Tontoni video ini tanpa prejudis, & fokus pada endingnya. InsyaAllah.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s