Assalamulaikum w.b.t.

Sepertimana yang pernah diberitahu sebelum ini, akan menyusul posting yang agak lewat, kerana faktor sibuk & pelbagai. Walaubagaimanapun, yang penting ialah pengajarannya, bukannya bila & di mana? Betul betul betul =) Moga semua mendapat manfaatnya.

_________________________

Pada 3 Februari yang lalu, telah berlangsung ceramah penerangan Palestin oleh Dr. Jamnur Azhar Mulkan di Masjid To’ Lebai Hashim, Bukit Minyak. Dalam ceramahnya, Dr. Jamnur telah menunjukkan gambar-gambar semasa beliau di Palestin dimana beliau terlibat dalam misi kemanusiaan & terlibat membuat pembedahan-pembedahan. Turut bersama beliau waktu itu ialah Dr. Syeikh Muzaffar.

Antara yang diceritakan;

Semangat juang rakyat Palestin memang sangat tinggi, dari sekecil-kecil kanak-kanak, hinggalah setua-tua seorang makcik. Mereka bertemu dengan seorang makcik tua yang menyatakan; “Kalau mati semua pemuda Palestin pun kamu jangan takut, kerana aku sendiri yang akan pikul senjata.”

Kekejaman rejim zionis


Antaranya Dr. Jamnur menunjukkan gambar sisa-sisa mayat seramai 50 orang yang dikumpul dalam sebuah rumah kemudiannya mereka dibakar hidup-hidup, & antaranya termasuklah kanak-kanak kecil.

-Ada juga dikisahkan askar yahudi yang menembak ibu yang sedang menyusukan anak.

Cerita Para Syuhada


Selain itu, Dr. Jamnur turut menunjukkan gambar-gambar mereka yang syahid & tersenyum. Beliau turut berpeluang menziarahi rumah Allahyarham As Syahid Syeikh Ahmad Yasin.

Dalam satu pengalamannya di hospital di sana, beliau telah terbau bau darah kanak-kanak Palestin yang syahid waktu mereka dalam proses untuk menguruskan jenazah kanak-kanak tersebut. Dr. Jamnur agak teruja & kehairanan memikirkan dari mana datang bau yang amat wangi tersebut. Jururawat Palestin yang melihat reaksi Dr. Jamnur tersenyum & berkata; “Aku sudah 30  tahun jadi jururawat, sesungguhnya inilah bau kanak-kanak yang mati syahid.”

Juga dikisahkan tentang seorang remaja yang mati syahid. Sebelum beliau mati beliau pernah berpesan kalau dia mati agar dikuburkan di sebelah kubur ayahnya yang mati syahid pada tahun 1989. Bila digali di sebelah kubur ayahnya, cangkul yang mencangkul tiba-tiba terkena jenazah ayahnya & tiba-tiba keluar dari jenazah tersebut keluar darah yang masih basah mengalir, walaupun sudah 20 tahun dia gugur.

Allahuakbar.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s