Pada Khamis 11 Feb. 2010M yang lalu, saya bersama Sdr. Azwan & Sdr. Zul Fahmi telah ke Gelugor untuk bertemu dengan seorang sahabat, guru, & ketua yang sangat saya kasihi & hormati; Ustaz Hafizullah Ubaidah.

Sdr. Azwan & Ustaz Hafizullah

Ustaz Hafizullah yang berasal dari Kelantan adalah bekas TKP DPPN Sabah, aktif di dalam Pemuda sewaktu di Sabah sebelum ini. Beliau adalah naqib kami di Sepanggar & salah seorang penggiat dakwah dalam PUM Sabah. Saya senang sekali mengikuti penjelasan & huraian beliau tentang satu-satu isu atau permasalahan di dalam usrah, begitu juga apabila beliau menjadi khatib samada untuk solat Jumaat atau solat meraikan hari kebesaran Islam. Beliau tenang melontarkan pesanan & peringatan di dalam khutbahnya yang tanpa teks itu.

Sebagai seorang sahabat, beliau adalah seorang sahabat yang sangat prihatin & pemurah, selain tidak pernah lokek mendidik kami dengan ilmunya. Juga seorang ketua keluarga yang sangat berlemah lembut & penyayang dengan anak-anak.

Kini beliau bersama isteri & keluarga telah berhijrah pulang ke Semenanjung, lebih dekat dengan negeri kelahiran. Saya melihat ini sebagai satu berita gembira kepada perkembangan Islam & dakwah di Pulau Pinang ini. Sewajarnyalah, warga Penang patut mendekati beliau & mengambil  peluang ini untuk memeriahkan lagi perkembangan Islam & dakwah di Penang dengan kehadiran beliau.


Saya juga sebenarnya tidak menyangka di sebalik perpisahan dengan berpindahnya ke P.Pinang, saya akan bertemu kembali dengan beliau di sini. Mungkin jalannya tidak akan sama seperti sebelum ini, tapi rantai persahabatan & perjuangan ini pastinya lebih mudah bertaut, insyaAllah.

Bagi yang ingin lebih mengenali beliau, boleh mengikuti mutiara katanya di blognya; http://ibnuhadiabu.blogspot.com/

Di sini saya sertakan petikan tentang beliau dari blog sahabat kami; Sdr. Saifudin di http://islamreturn.blogspot.com/.

Ia ditulis selepas perpisahan mereka dengan Ustaz Hafizullah. Menggambarkan perasaan seorang sahabat perjuangan di Sabah yang telah mengharungi liku-liku perjuangan itu bersama-sama Ustaz Hafizullah…

__________________________

Bertemu & Berpisah Kerana Allah

Salam perjuangan..

Kehilangan seorang teman sememangnya suatu yang agak sukar diterima. Apatah lagi mereka adalah sebahagian dari urat sendi perjuangan. Perasaan yang sama sentiasa menyelebungi jiwa setiap kali berhadapan dengan sunnahtullah ini. Susah senang mengharungi badai perjuangan telah dirasai bersama. Juga penat lelah dalam menempuhi denai belukar turut ditempuhi bersama. Namun, kini seolah-olah semuanya itu kembali sepi seketika meniti medan yang penuh dengan duri dan ranjau.

Ketika mengendalikan ‘tamrin’ pemuda (ahli unit Amal)

Hari ini seorang lagi teman yang tidak asing kepada kami akan kembali ke semenanjung. Beliau ialah Ust. Ahmad Hafizullah Ubaidah. Setelah bersama dengan perjuangan pemuda selama hampir 9 tahun di bumi Sabah, kini tibalah masanya beliau kembali pulang. Sememangnya itulah hakikat yang perlu kami terima setelah bergelar muhajirin.

Beliau akan melapor diri ke salah sebuah sekolah di Pulau mutiara awal bulan Disember nanti. Kehadiran beliau ke bumi Sabah disaat kudratnya diperlukan. Selain menjadi naqib bagi usrah pemuda Sepanggar, beliau juga adalah mantan Pengarah Jabatan Amal Negeri Sabah kedua yang menggantikan Ust. Zol Amri kerana turut pulang ke Semenanjung beberapa tahun dahulu. Selain dari itu, beliau juga dikenali sebagai penceramah hangat disekitar Pantai Barat Sabah kerana ceramah beliau berjaya menarik perhatian ramai pendengar.

Berbincang sebelum meneruskan aktiviti
Usrah pemuda Sepanggar (kenangan ber’naqib’kan Ust Hafizullah)
Secara pribadi saya mula mengenali Ust. Hafizullah setelah menjadi setiausaha Jabatan Amal Negeri Sabah ketika mana beliau menjadi Pengarah. Banyak pandangan serta idea beliau yang dapat saya kutip sepanjang bersama beliau. Sering kali juga saya menjadi co-pilot beliau apabila melibatkan program Amal ke kawasan-kawasan pendalaman Sabah. Sikap beliau yang suka mendengar pandangan sesiapa sahaja membuatkan saya begitu selesa bekerja bersama beliau walaupun adakalnya tak sependapat.

Masa tetap berlalu, kini sekali lagi saya kehilangan gandingan dalam rentak pemuda, kerana kelebihan yang ada padanya sememangnya banyak menutupi kelemahan yang ada pada saya dan teman-teman.

Semoga segala jasa dan pengorbanan beliau di bumi Sabah ini diterima Allah sebagai amalan soleh diakhirat kelak. Juga semoga perpisahan ini diukir di atas kalimah ukhwah ‘Bertemu dan berpisah kerana Allah’.

Berikut adalah teman-teman Sepanggar yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami:

  1. Ust Zol Amri -ke Selangor
  2. Ust Abdullah Din -ke Kedah
  3. Sdra Haizul -ke Sarawak
  4. Sdra Jefry -ke Kedah
  5. Ust Mazli -ke Selangor
  6. Sdra Nasirin -ke Penang
  7. Ust Hafizullah -ke Penang

Pohon kemaafan dari saya sekeluarga di atas terlanjur kata dan perbuatan. Semoga Ust. Hafizullah dan keluarga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s