“Ayah yang berjaya adalah ayah yang selalu menghapuskan air mata anak-anaknya & mengusir kesedihan dalam hati mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: Fatimah adalah sebahagian daripada diriku. Sesiapa yang menyakiti hatinya beerti dia telah menyakitiku.” Kerana itulah, Imam Hasan al-Banna rahimahullah sangat memelihara jangan sampai ada salah seorang anaknya yang mengalami kesedihan & jiwanya sakit. Itulah sentimen seorang ayah yang begitu dalam”

-dipetik dari buku “Cinta di Rumah Hasan Al Banna” tulisan Mohamamd Lili Nur Aulia

Di pantai bersama Masturah, dll.

Wafiy gembira berada di rumah Aki & Uwannya, & dia menganggap adik saya Masturah seperti ibunya, tapi hati seorang ayah tahu, kegembiraan seorang anak yang sebenar itu adalah bila dia dapat bersama ibu & ayahnya sendiri, punya keluarga yang bahagia & normal seperti orang lain. Jiwa & fizikalnya semakin membesar, & dia semakin mengerti.

Saya ingin sekali mengusir kesedihan dari hatinya. Doa saya, saya ingin memberikan Wafiy keluarga yang sebenar-benarnya, agar dia bisa menjadi seorang anak yang tenang & terpelihara, agar dia dididik dengan nilai-nilai Islam yang sebenar oleh abi & ibunya, agar dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang anak satu hari nanti, & lebih-lebih lagi, tanggungjawabnya sebagai seorang hamba kepada Penciptanya, untuk berjuang menegakkan agamanya, untuk menyerahkan hidup & matinya demi cinta sucinya kepada Allah…& itulah kebahagiaan yang sebenar, & waktu itulah takkan ada lagi kesedihan, yang ada cuma kebahagiaan yang kekal abadi.

Amin. Ya Robbil alamin.

Main layang-layang dengan Faiz

Bersama sepupunya Sajidah di K. Terengganu

Alhamdulillah...Wafiy tengah ambil wudhu'

*Gambar : Februari 2010 Cuti CNY

3 responses »

  1. iera nadira says:

    alhamdulillah.. keluarga bahagia… seronoknya.. ^^

  2. ira^cairo says:

    Salam ….

    Semakin Comei wafiy,semoga jadi pejuang ISLAM yang sebenarnya !!!!

  3. ukhti zulaikha says:

    alhamdulillah..wafiy daa besar..moga menjadi insan yg menegakkan islam..rndu nk tgk wafiy mcm d LitechS dlu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s