Pada 25-26 Februari 2010M yang lalu, pihak Surau Al-Amin dll. telah mengadakan satu program khusus untuk pelajar muslimat; “Program Puteriku Solehah.”

Alhamdulillah, program ini turut mendapat sambutan yang baik dari guru-guru. Tahniah saya ucapkan pada sahabat saya Pn. Rohana & pentadbiran yang bertungkus lumus memastikan kejayaan program. Program padat ini meliputi bengkel solat, bimbingan rohani, sesi taaruf bersama naqibah & fasilitator, juga qiyamullail & solat Subuh yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Khairy.

Program bermula selepas solat Asar berjemaah, iaitu bengkel solat (amali & praktikal) yang dibimbing oleh Ustazah Mardziah.

Program diteruskan selepas solat Maghrib berjemaah iaitu Bimbingan Rohani iaitu pengisian yang menyentuh pelbagai persoalan & permasalahan muslimat terutamanya remaja. Antaranya berkenaan aurat, pergaulan, ibadah dll. banyak juga soalan-soalan & isu-isu panas yang diutarakan & disini para pelajar mendapat maklumat yang sangat berguna & diharap mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari & menjauhi perkara-perkara dosa yang sia-sia semata-mata itu.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan sesi taaruf bersama dengan naqibah & fasilitator yang terdiri daripada siswa siswi & para pendidik yang bernaung di bawah KRL (Kelab Remaja Lestary). Dalam sesi ini, para pelajar bertaaruf & melakukan aktiviti kumpulan & pembentangan. InsyaAllah, akan ada kesinambungan pada aktiviti malam itu bersama KRL yang akan diadakan di waktu yang akan datang.

Sdr. Fahmi dari KRL yang baru pulang dari Mesir

Program itu berakhir sementara malam itu pada jam 12 malam & disambung pada pukul 4.30 pagi untuk qiyamullail yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Khairy.

Ustaz Abdullah Khairy memberikan sedikit pesanan sebelum qiyamullail

Selanjutnya, selepas solat Subuh bersama-sama, Usta Abdullah Khairy menyampaikan kuliah Subuh. Seperti biasa, ia penuh dengan pengisian padat & sangat membuka mata.

Pihak Surau Al-Amin mengucapkan terimakasih kepada para ustaz & ustazah, guru-guru, peserta program, & semua yang terlibat. Moga amal kita diterima Allah, moga para pelajar muslimat menjadi muslimah solehah yang berjaya di dunia & akhirat. Amin, Ya Robbil alamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. ukhti zulaikha says:

    besar surau d sn ya sir…

    • inksensei says:

      Kalau dari segi aktiviti, sebenarnya lagi best di An Nur, sebab di sini baru nak start aktif sebab tak cukup tenaga yang membantu. Tapi insyaAllah walaupun saya dah nak berhijrah, ia akan semakin baik selepas ni =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s