Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/v2/

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat, 26 Mac ini.

Himpunan itu dirancang sebagai menunjukkan bantahan terhadap tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pada tarikh itu, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden.

Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Sweden.

“Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 26 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah s.a.w.

“Saya menyeru dan mengajak seluruh umat Islam yang prihatin agar turun bersama-sama kami bagi menzahirkan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita,” katanya.

Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s