Tulisan indah di bawah adalah dari http://imanmutiara-iera.blogspot.com/

Apabila hati ini meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai air mata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukirkan senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada di sisi kita. Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yg melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, saya pasti saya akan menjadi lemah, alpa, khilaf.

“Kami sayangkan kamu”
“Allah paling sayang kamu.. tenang-tenang sudah”
“Mabruk jiddan!”

MasyaAllah! Terima kasih Allah! Terima kasih kawan! Move on move on!! Bangun, bangun! Kamu tidak akan pandai jika kamu mahu terus berada di zon selesa! Bangun dan berjalan, kejarlah masa! Bangun dan lihatlah, kamu ketinggalan! Bangun dan sedarlah, Allah sayang kamu…. Terus bangun, berdiri, bukalah langkah kamu, tidak perlu melihat keseluruhan jalan, hanya buka langkah, dan teruskan… Moga Allah permudahkan segala urusan ummat Nabi Muhammad, ummat akhir zaman yang terpilih.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. salam tentera Allah, rindu dengar khabar pengantin baru….🙂

    • inksensei says:

      W’salam. Kita kenal ke? Ana ke blog anta tapi ana x pasti sapa anta.
      Apa maksud anta pengantin baru tu? Bila masa pula ana kawin? Ke anta salah org?
      huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s