Kerana faktor kesibukan & sumber, berita ini agak lewat, tetapi rasanya jika ia dapat meng’refresh’kan sahabat-sahabat semua pada pengalaman & matlamat kita, maka saya rasa tiada salahnya saya imbas kembali program ini di sini.

Bertempat di Hotel Quality Shah Alam pada 27-28 Feb. 2010M lalu, saya bersama sahabat-sahabat dari Penang khususnya & dari seluruh Malaysia amnya telah mengikuti program Kursus Latihan Pertama untuk Exco DPP Negeri2 iaitu Program Amilin yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP 2009-2011.

Terdapat 4 modul yang difokuskan iaitu kemahiran membina diri berpengaruh, memperkukuh iltizam perjuangan, mengurus kerja berkesan, & kemahiran-kemahiran sokongan. Program dijalankan dengan profesional oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Walaupun mungkin ada sedikit masalah teknikal memandangkan ini program yang pertama, keseluruhannya program ini berjaya & mencapai sasaran.

Beberapa unsur dalam program ini mengingatkan saya kepada ESQ, tapi ianya ternyata lebih baik kerana ia memfokuskan kepada perjuangan Islam & kemahiran yang diperlukan oleh para pemuda & dalam merealisasikan perjuangan tersebut. Ia memang memberi kami semangat untuk terus bersatu bekerja & memberi komitmen kepada perjuangan ini insyaAllah.

Peserta turut didedahkan lagi dengan dakwah lapangan dalam konteks mendekatkan masyarakat kepada PAS, selain mendekati & mengenal pasti luahan & masalah mereka melalui program Explore Race.

Kami ucapkan terima kasih  & syabas kepada semua pihak yang telah menyediakan & mempersembahkan bahan yang cukup menarik untuk kami, & menyegarkan perjuangan ini sekali lagi. Moga ia akan sentiasa dipertingkatkan & diteruskan. Mabruk untuk semua yang terlibat. Moga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di akhirat, insyaAllah.

Adik-beradik pencetus semangat

Pasangan muda sehati dalam perjuangan

Bersama Syukrani, rakan seperjuangan sewaktu di Sabah sebelum ni

Ustaz Afnan sedang menunjukkan gambar2 dari kamera barunya

Allahuakbar!

*gambar-gambar dari kamera baru Ust. Afnan & dari inksensei =).

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s