Dari sahabat-sahabat;

Dipetik dari http://nurilhakim.blogspot.com/.

Dengan tambahan gambar dari http://albelurani.blogspot.com/ http://islamreturn.blogspot.com/

27-28 Mac 2010 lepas PAS Sabah sekali lagi mencoret sejarah apabila PAS Kawasan Sepanggar dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar berjaya melaksanakan Karnival PASTI Kawasan Sepanggar. Buat julung-julung kalinya, program tersebut menggabungkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Malam Kesenian Islam, acara sukaneka dan perbarisan PASTI, rawatan kesihatan percuma, kursus perubatan Islam, gotong-royong memasak bubur lambuk dan pameran daripada badan-badan rasmi parti. Melibatkan sekitar 300 pelajar dari 6 buah PASTI dan kira-kira 500 ibubapa dan penduduk tempatan, program tersebut berjaya membuka mata tetamu yang hadir betapa penghayatan ilmu dan budaya akhlaq mulia yang dipupuk ke dalam jiwa pelajar PASTI adalah sesuatu yang bersifat ikhlas dan bukan olok-olokan. Selain dilatih dengan daya ketahanan melalui aktiviti lasak yang diadakan, anak-anak PASTI sentiasa diajar agar menitikberatkan sportmanship dan kesungguhan dalam tindakan.

“Apalah mak dia tolong tarik. Ingatlah hantar anak ke sekolah PASTI bukan untuk ajar main tipu,” ialah antara cetusan menarik yang kedengaran dari bibir ibubapa pelajar PASTI yang berbangsa Cina dan bukan beragama Islam apabila melihat ada ibubapa pelajar yang cuba membantu anaknya di dalam acara tarik tali. Ia merupakan bukti bahawa PASTI sudah menjadi institusi pendidikan pra-sekolah yang diyakini dan telah mendapat tempat di hati masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Mengulas perkara tersebut, Saudara Anuar M. Ali, Pengarah Karnival PASTI Sepanggar apabila ditemuramah berkata,”PASTI telah lama mengorak langkah dan kini menjadi pilihan pertama pendidikan awal kanak-kanak. Malah, ia dapat menandingi institusi pendidikan lain seperti Tadika KEMAS walaupun ia percuma. Malah, PASTI Sabah telah menjadi sangat sinonim dengan pelajar-pelajar bukan Islam. Ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat Sabah sudah matang dan mampu berfikir memilih yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka.”

Antara acara yang dipertandingkan pada kali ini ialah acara membawa bola ping-pong di dalam sudu, acara mengisi air di dalam botol, acara lari berganti dan sebagainya, selain acara tarik tali untuk para bapa dan remaja dan acara memasukkan benang ke dalam jarum untuk para ibu. PASTI As-Salam Taman BDC Kolombong muncul sebagai juara keseluruhan dengan memenangi 5 acara.

Program seumpamanya diyakini mampu dijadikan wadah mengikat silaturrahim antara guru-guru, ibubapa dan pengurusan PASTI serta masyarakat setempat, selain menjadi medan memupuk ukhuwwah antara jentera-jentera parti seperti Unit Amal dan Nisa’ yang bertungkus-lumus menjayakan program.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s