6 Mac 2010M

Setelah melalui proses interview, maka dengan rasminya Sahabat Al-Amin @ Al-Amin Crew (AAC) yang merupakan AJK Surau Pelajar yang telah melalui proses rebranding telah dipilih. Seramai 18 orang pelajar muslimat & 16 orang pelajar muslimin telah dipilih berdasarkan pelbagai faktor & musyawarah.

Para Al-Amin Crew (AAC) telah diberikan buku tulis kecil sebagai simbolik tanggungjawab yang diterima, selain sebagai galakan untuk mereka mengambil & mencatit ilmu yang diperolehi samada melalui aktiviti surau atau sebarang aktiviti AAC.

Ust. Mud menyerahkan buku nota Al-Amin Crew kepada Amri, salah seorang pelatih AAC 2010

Pada malamnya, para AAC & sekumpulan pelajar SMT SP telah ke Masjid Tok Lebai Hashim untuk mengikuti program Forum Maulidur Rasul. Ini merupakan aktiviti AAC yang pertama.

Para AAC mula berada di masjid tersebut sejak maghrib & program bermula selepas Isyak di perkarangan masjid.

Sementara tunggu forum start, kita makan dulu...

Program dimulakan dengan persembahan nasyid dari sebuah kumpulan nasyid sekolah* yang memberikan persembahan mereka dengan baik.

Forum kemudiannya bermula dengan moderatornya ialah Ust. Abdullah Khairi, dengan ahli panelnya; Ust. Mutalib, Ust. Sidek Nor, & YB Ust. Hashim Jasin. Hadirin memenuhi ruang perkarangan masjid. Alhamdulillah, ternyata program tersebut sangat berjaya.

AAC Muslimin mendepani kumpulan penonton...

...begitu juga dengan AAC muslimat. Alhamdulillah.

AAC bersalaman dengan para ustaz

Alhamdulillah, moga aktiviti AAC pertama yang merupakan forum tentang kepimpinan Rasulullah s.a.w. ini akan menjadi titik tolak kepada kepimpinan positif mereka & generasi AAC seterusnya kelak, yang seterusnya diharapkan menjadi nukleus untuk menyebarkan Islam & akhlak mulia khususnya di SMT SP. InsyaAllah.

Amin.

*Sorry for the late entry, time really cuts you like the sword =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s