Bismillahi rahmani rahim.

Bulan lepas ada 2 perkara gembira yang berlaku, & ucapan tahniah ini agak lambat, tapi izinkan saya mendedikasikannya di sini.

Allahuakbar. Alhamdulillah. Pertama, tahniah buat sepupu saya Shahril yang baru saja mendapat cahayamata pertama. Kelahiran anak lelaki comel itu memberi seribu kebahagian kepada Shahril & terutamanya kepada keluarga ayah saudara saya; Ayah Non. Saya dapat melihat terpancar jelas kegembiraan di wajah ayah & ibu anak sepupu saya yang hencem itu =)

Senyum sampai ke telinga seorang ayah =)

Dan pada bulan lepas juga, seorang sahabat yang sangat saya hormati, Nizam Saleh yang pernah menjadi housemate saya di Likas setahun yang lalu telah menamatkan zaman bujangnya, menjadi seorang suami. Nizam adalah salah seorang sahabat yang telah banyak berjasa & membantu saya di waktu saya melalui waktu-waktu sukar sebelum ini, InsyaAllah jika dizinkan Allah, saya akan menceritakan perihal sahabat-sahabat saya itu di lain masa.

Buat sahabatku Nizam, ana ucapkan tahniah buat anta & isteri. Moga Allah kurniakan kebahagian kepada kalian, moga cinta kalian akan hingga ke syurga, insyaAllah.

Buat masa ini, pasangan muda ini terpaksa berjauhan kerana bekerja di dua negeri yang berbeza, dipisahkan oleh Laut China Selatan. Saya mohon sahabat-sahabat terutama yang mengenali Nizam, kita doakan moga Allah permudahkan urusan mereka untuk hidup bersama-sama di bawah satu bumbung yang diberkati. Amin.

InsyaAllah, and this song is for you my bro;

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s