Dipetik dari http://passepanggar.blogspot.com/

Malaysia sebuah negara yang berdaulat seharusnya mengambil pendirian yang tegas terhadap sebarang campurtangan pihak luar di dalam urusan negara. Apatahlagi campurtangan tersebut melibatkan negara yang memusuhi umat Islam. Namun amat malang apabila Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN telah mengkianati amanah ini. Ini terbukti dengan perjanjian kerajaan Malaysia dengan salah sebuah syarikat proksi Yahudi/Zionis iaitu APCO Worldwide Sdn Bhd. Seterusnya menunjukkan bahawa kepimpinan negara sekarang telah menyeleweng dan mengkianati kepercayaan umat Islam di Malaysia khususnya.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar memberi amaran terhadap tindakan kerajaan UMNO/BN yang mengadakan perjanjian dengan syarikat APCO. Malah DPP Sepanggar menganggap perbelanjaan dana negara sebanyak RM77 juta setahun untuk perkhidmatan APCO merupakan pembaziran besar wang rakyat.

DPP Sepanggar juga akan menggerakan jentera penerangan di setiap cawangan bagi menjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang merupakan tindakan yang tidak mengambil peduli sensitiviti umat Islam serta mengancam keselamatan negara.

Seterusnya DPP Sepanggar juga ingin mengingatkan kepada semua pengundi yang bakal mengundi pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Hulu Selangor pada 25 April nanti, agar menilai hubungan UMNO-APCO selama ini, yang bakal menjerumuskan Malaysia bersekongkol dengan regim Zionis. Oleh itu jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai undi protes hubungan UMNO-APCO.

Ingat: “Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin”

*Bandingkan kerajaan Malaysia & kerajaan Lubnan…

Lubnan tangkap warganya yang berurusan dengan Israel.

Sumber: http://palestinkini.info/

Rabu, 21/04/2010 – Semalam Lubnan mengisytiharkan bahawa seorang warganya telah ditangkap kerana disyaki berurusan dengan Israel.

Menurut surat khabar Lubnan “Al-Safeer” , Pengarah Perisikan Tentera Lubnan telah menahan suspek kerana disyaki berurusan dengan Israel. Mereka merampas sebuah komputer dan beberapa cakera padat dari rumahnya yang kemudian dibawa ke markas besar Jabatan Pertahanan Nasional di”Yarzeh” untuk soalsiasat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

_______________________________________________________________________________________________________
*Apahal dengan Malaysia?
Cegahlah kezaliman & kemungkaran itu dengan tanganmu yang memangkah.
Allah menjadi saksi bagi siapa yang kau pilih…Saudara-saudaramu di Palestin,
atau mereka yang bersepakat dengan Yahudi laknatullah itu?
Jangan fikir undimu itu sekadar untuk kawasanmu semata-mata. Setiap warga adalah bertanggungjawab pada pimpinan yang disokongnya…

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s