Pada 2 April yang lalu, pihak Surau Al-Amin telah mengadakan tayangan khas filem “Sang Murabbi: Mencari Spirit Yang Hilang.” Ia ditayangkan di bilik AVA juga bertujuan untuk kutipan dana Sahabat Al-Amin. Penonton malam itu terdiri dari Sahabat Al-Amin, & pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 yang terpilih. Pelajar-pelajar ini bukan sahaja menonton filem tersebut, tetapi mereka juga diberikan 1 set soalan untuk dijawab yang menyentuh tentang perkara-perkara penting dalam filem tersebut, & ini telah menambah konsentrasi & pemahaman mereka.

Filem ‘Sang Murabbi’ ini adalah sebuah kisah benar berkenaan Ustaz Rahmat Abdullah, yang merupakan seorang ulamak & pejuang dalam pergerakan Islam di Indonesia. Filem ini menceritakan kisah beliau dari zaman pelajarnya hinggalah kepada kematiannya secara ringkas tapi padat dengan tarbiyah, pengajaran & mutiara ilmu yang perlu diteladani terutamanya oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam perjuangan mendakwah & mendaulatkan Islam, samada muslimin atau muslimah. Kerana itu jugalah, beberapa pihak turut mengambil inisiatif untuk menayangkan filem ini & menjadikannya salah satu dari program tarbiyah dalam bentuk memberi kelainan & lebih santai.

Selepas tayangan, Ustaz Hishamudin telah menyampaikan tazkirah beliau & beberapa orang pelajar juga telah melontarkan pandangan mereka tentang pengajaran yang mereka perolehi daripada filem tersebut.

Daripada jawapan-jawapan yang diterima, pihak Surau Al-Amin telah memilih jawapan yang terbaik & Sdr. Ainol yang telah menjawab soalan-soalan yang diberi dengan baik sekali telah menerima hadiah VCD filem tersebut yang telah disampaikan pada 9 April yang lalu.

Hadiah disampaikan oleh peneraju KRL, Sdr. Azarizal dalam satu pertemuan selepas Program 'Malam Untuk Kekasih'

Wallahualam.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan VCD ‘Sang Murabbi’ ini, bolehlah ke STAY ALiVE Shop.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s