Alhamdulillah, pada Jumaat 9 April 2010M yang lalu, Surau Al-Amin dengan kerjasama Kelab Remaja Lestary (KRL) telah mengadakan program ‘Malam Untuk Kekasih’ & Qiyamullail. Program ini merupakan kesinambungan untuk apa yang pernah saya jalankan di Sabah sebelum ini. Ia dijalankan atas kesedaran untuk mengenal, mengenang, & meneladani Rasulullah s.a.w. Antara lain, ia menyentuh tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. dari kelahiran hinggalah kewafatan Baginda s.a.w, kisah tentang darah & airmata Rasulullah s.a.w, juga tentang betapa agung & mulianya akhlak & peribadi kekasih Allah itu.

Program dimulakan selepas solat maghrib dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Sdr. Fahmi dari KRL. Antaranya menegur supaya kita tidak menjadi seperti Abu Lahab yang gembira dengan kelahiran Rasulullah s.a.w., tapi kemudiannya menjadi penentang kuat Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Untuk Kekasih



Selepas solat Isyak, bermulalah ‘Malam Untuk Kekasih’ yang merangkumi tayangan, tazkirah, muhasabah, & diakhiri dengan penyampaian khutbah terakhir Rasulullah s.a.w & doa yang dibaca oleh Ust. Hishamudin.

Alhamdulillah, ada yang mengalirkan air mata mengenang Rasulullah s.a.w pada malam itu. Sesuatu yang jarang dilihat pada masa sekarang. Teramat ramai motivator atau para pendidik yang biasa membuat program muhasabah untuk mengenang ibubapa, tetapi agak ralat apabila program muhasabah untuk manusia yang sepatutnya paling diutamakan & paling disayangi oleh seluruh umat Islam, bahkan seluruh alam itu tidak dilakukan. Itulah antara tujuan program ‘Malam Untuk Kekasih’ ini dilaksanakan.

Moga-moga kita diberikan syafaatnya, moga satu masa nanti Rasulullah s.a.w bisa melihat kita & senyum pada kita. Moga kita kan terus mendorong & berusaha ke arah itu. Moga Allah mengurniakan kita kebahagiaan itu. Amin.

InsyaAllah, pada sebarang kelemahan yang ada pada slot tersebut pada malam itu akan dibuat penambahbaikan bagi program ini pada masa akan datang, & kami telahpun mengenalpastikannya, kerana ia juga ditawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin menjemput KRL untuk mengadakan program ini di tempat mereka.

Kepada mana-mana pihak yang berminat, bolehlah menghubungi

Pengerusi Kelab Remaja Lestary (KRL), Sdr. Azarizal di no: 012-4494700

Perjumpaan Sahabat Al-Amin & KRL

Selepas itu, telah berlangsung satu perjumpaan ringkas antara Sahabat Al-Amin@ Al-Amin Crew (AAC) & KRL yang diwakili oleh pengerusinya Sdr, Azarizal & juga Sdr. Fahmi. Antara lain, Sdr. Aza telah memberikan nasihat & perangsang untuk adik-adik AAC untuk terus istiqamah dalam membuat kerja-kerja Islam insyaAllah.

Qiyamullail & Kuliah Subuh Bersama Ustaz Fawwaz

Pagi itu bermula jam 4.45 pagi, program diteruskan dengan qiyamullail yang dipimpin oleh Ustaz Fawwaz dari Pusat Urus Zakat (PUZ).

Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Fawwaz

Ustaz Fawwaz menyampaikan kuliah beliau dengan begitu santai & bersahaja membuatkan para hadirin & pelajar terus khusyuk mengikuti kuliah tersebut.

Amaran Allah & Kubur Rumah Pertama

Antara lain, Ustaz mengingatkan kami tentang amaran Allah kepada manusia bahawa Allah bisa menarik balik nikmat mata & keupayaan kita yang lain sekiranya Allah mahu, dan sesungguhnya semua itu adalah perkara mudah bagi Allah. Oleh itu, kita wajib mensyukuri segala nikmat pemberianNya itu & menggunakannya dengan sebaik-baiknya, & jagan angkuh dengan sesuatu yang sebenarnya adalah milik Allah.

Juga, diingatkan kami tentang satu kisah Sayidina Usman r.a. yang melalui satu kawasan perkuburan lalu beliau menangis hingga basah lenjun & beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan; kubur adalah rumah pertama dari rumah-rumah akhirat, barangsiapa yang selamat di kubur maka dia akan selamat di akhirat, begitu juga sebaliknya.

Wallahualam. Moga kita tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat oleh Rasulullah s.a.w, Amin Ya Robbil alamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s