10 April 2010M

Petang itu, 10 orang Sahabat Al-Amin @ AAC bersama Ust. Hishamudin (& heronya Zakuan), Ckg. Mansor, Ckg. Rashidi. Ust. Muhammad & saya telah ke rumah Abg. Johari yang uzur kerana uzur pada kaki dll.

Abg. Johari adalah bekas pengawal keselamatan di SMT SP. Beliau yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda seharian pun begitu kelihatan optimis walaupun terpaksa melalui pelbagai kesakitan dalam menjalani rawatan seperti yang diceritakan kepada kami.

Abg. Johari yang saya kenali adalah seorang yang mesra, baik hati, & sangat menghormati orang lain. Sewaktu beliau sihat & masih menjadi pengawal keselamatan dahulu, beliau pernah menceritakan niat beliau untuk berhenti kerana beliau rindukan kesempatan untuk mengikuti kuliah-kuliah pengajian agama di masjid. Pun begitu, Allah Yang Maha Mengetahui telah menyediakan satu ujian kepada beliau yang pastinya memerlukan kesabaran & ketabahan yang tinggi bagi beliau & ahli keluarga. Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul, tapi saya percaya, Abg. Johari bukanlah negatif yang akan mengalah. Sesungguhnya, ganjaran dari Allah itu sentiasa tersedia bagi orang-orang yang bersabar dengan ujianNya.

Dikesempatan itu, kami mengambil peluang untuk membuat gotong-royong membersihkan sekitar rumah Abg. Johari. Ust. Mud turut menyampaikan sedikit sumbangan dari Surau Al-Amin & sahabat-sahabat.

Alhamdulillah. Gotong-royong berjalan dengan baik. Mengakhiri ziarah kami petang itu, Ust. Mud memimpin kami membaca doa memohon kesembuhan & memberikan yang terbaik untuk Abg. Johari.

Moga Abg. Johari & keluarga kan terus tabah &  dengan ujian ini. Moga amal kita diterima Allah s.w.t.

Ameen.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. ira^cairo says:

    Salam ukhwah fillah …

    TAHNIAH , kepada semua yang telah menjayakan prog yang baik ini,semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dgn segala apa yang kalian lakukan … amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s