Dipetik dari http://syukran.wordpress.com/

Bangga kerana Tokoh bola sepak negara bangkit menentang kelulusan lesen Bola Sepal Piala Dunia. Mereka ini orang yang terlibat dengan Bolasepak dan tahu asam garam dunia bola. Bola sepak adalah aktiviti sukan yang memberikan manfaat kepada kesihatan, tapi bila judi disulam masuk dalam sukan maka rohaninya pun akan rosak. Komen penyokong bola dari Johor jelas memperlihatkan kecetekan ilmu masyarakat kita. Selagi tak kena pada dia, dia kata ok. Itulah mentaliti Umno. Mana ada agama dalam dunia ini yang kata judi itu halal dan bermanfaat.

Duit yang diteria dari hasil judi juga haram dan tidak berkat. Sebab itulah kita lihat banyak projek wang ehsan di Terengganu runtuh sebab duit yang tak berkat digunakan. Saya seru agar semua persatuan sukan dan mereka yang terlibat dengan Bolasepak bangkit sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Persatuan Bola Sepak Terengganu membantah kelulusan judi ini

Ghani Minhat bantah lesen pertaruhan Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia tidak dipersetujui raja bola negara, Datuk Abdul Ghani Minhat, yang bimbang perjudian seperti itu akan turut membabitkan perlawanan liga tempatan.

Katanya, jika pertaruhan Piala Dunia dibenarkan, pemilik lesen perjudian itu akan meminta pula perkara yang sama bagi liga tempatan dan ini akan membunuh pembangunan bola sepak negara yang baru tumbuh. “Jangan cuba simbah minyak ke api nanti ianya akan membakar diri sendiri,” katanya di sini hari ini. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, menyatakan kerajaan sedang menimbang kemungkinan mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan dilakukan semasa Piala Dunia bulan depan sebagai langkah mengurangkan aktiviti pertaruhan haram di negara ini.

Abdul Ghani, penyerang yang digeruni semasa eranya sekitar 60an, berkata beliau juga bimbang gejala rasuah yang pernah menyerang pasukan dalam Liga Malaysia pada tahun 1994 dan 1995, akan kembali mencemari bola sepak tempatan.

Liga Malaysia pernah dilanda rasuah pada tahun 1994 apabila 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan.

Akibatnya 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung selama satu hingga empat tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) manakala 21 pemain dan jurulatih diberhentikan dan beberapa pemain dibuang daerah dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan FAM seumur hidup.
Kesannya, Malaysia kehilangan pemain handalan yang ramai. Kelompok pemain yang didakwa pada tahun itu adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan oleh negara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, berkata beliau tidak menyokong sama sekali sebarang aktiviti yang berkaitan dengan perjudian dan pertaruhan yang membabitkan sukan kerana ia bukan sahaja haram daripada segi agama tetapi turut akan mengundang kepada perkara negatif.

“Bola sepak adalah sukan dan ianya tidak seharusnya dikaitkan dengan perjudian.
Tidak wajar jika perjudian dicampur dengan sukan kerana motif kemenangan dalam perjudian ialah untuk diri sendiri manakala dalam sukan ianya adalah kejayaan yang diperoleh secara pasukan,” katanya.

-BERNAMA

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s