Suasana waktu majlis pelancaran Sambutan 3 Dekad DPPN PP

Pada 1 Mei yang lalu, berlangsungnya majlis Pelancaran Sambutan 3 Dekad DPP P. Pinang & juga Perasmian Muktamar di Kompleks An Nahdoh, Kubang Semang. Selain dari para pemuda, turut hadir malam itu ialah wakil-wakil dari AMK & DAPSY, juga wakil-wakil NGO seperti PUM, JIM, dll. Tetamu kehormat malam itu pula ialah Naib Presiden PAS; YB Salahudin Ayub , Ketua Pemuda PAS Pusat; Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, Ustaz Mutalib selaku tuan rumah, juga Ketua Pemuda Penang yang dikasihi; Ustaz Yusni Mat Piah.

Majlis malam itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat Jabatan Amal Penang oleh YB Salahudin Ayub. Majlis kemudiannya diteruskan di Dewan Seminar. Ia ternyata menonjolkan keseriusan DPPN dalam memimpin perubahan & mendepani cabaran apabila majlis itu dipengerusikan dalam 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, Arab, Cina & juga bahasa Inggeris.

Majlis dimulakan dengan nyayian zikir Asma-ul Husna, diikuti dengan lagu negaraku, & lagu PAS. Seterusnya diikuti oleh persembahan boria oleh DPPK Jelutong yang sangat menarik. Seterusnya pula ucapan oleh KPP P. Pinang; Ust. Yusni Mat Piah.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh Ust. Nasudin Tantawi yang banyak memberi kata-kata semangat & peringatan kepada para pemuda khususnya pada malam itu. Beliau kemudian mleancarkan Sambutan 3 Dekad DPPN P. Pinang yang dihiasi dengan elemen gimik yang sangat menarik disertai dengan persembahan montaj yang disediakan oleh Jabatan IT.

YB Salahudin pula dalam ucapannya selepas itu banyak memberikan inspirasi melalui ucapannya yang tenang tapi padat & penuh berisi. Beliau kemudiannya telah merasmikan Muktamar DPPN P. Pinang yang berlangsung keesokan paginya.

Majlis gilang-gemilang ini turut dimeriahkan dengan penyampaain beberapa anugerah untuk meraikan pencapaian yang dicapai oleh DPPK. DPPK Permatang Pauh telah mencapai prestasi yang cemerlang dimana hampir kesemua anugerah dimenangi oleh DPPK tersebut.

Mabruk & terimakasih kepada semua yang telah menjayakan acara berprestij ini. Alhamdulillah. Allahuakbar.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s