8/5/2010M

Mungkin tajuk ‘Siam laknatullah’ itu bunyinya agak kasar bagi setengah-setengah orang, seolah menyamakan Kerajaan Siam itu seumpama sama jahatnya dengan kerajaan Yahudi laknatullah, tapi itulah hakikatnya yang sebenar, pertemuan malam itu membongkar segala-galanya, membuka mata & hati kami, betapa jiran & saudara muslim terdekat kita itu perlukan perhatian & pembelaan dari kita; saudara-saudari seIslam mereka di Malaysia!

Bertempat di Markas Pongsu Seribu, satu pertemuan yang cukup bermakna malam itu telah berlangsung antara DPPN P. Pinang dengan wakil AMANI (Aman Pattani), PUM yang diwakili Ust. Nizam, & wakil-wakil dari pemuda-pemudi Patani @ Fatoni Darussalam. Dalam pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah malam itu, pemuda-pemuda Patani @ Fatoni Darussalam itu mendedahkan tentang kezaliman, kekejaman kerajaan Thailand kepada penduduk Muslims Selatan Thai yang turut dinafikan hak mereka sebagai penduduk asal.

Dari segi sejarahnya, kita tahu Patani adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang telah diserahkan kepada kerajaan Siam oleh Inggeris melalui perjanjian sesama mereka atas dasar penjajah. Kerajaan Siam@Thailand sebenarnya sama sekali tidak mempunyai hak ke atas Patani, tapi dunia memandang sepi kepada perkara ini, kepada perjuangan masyarakat Islam Melayu Patani ini, termasuklah kerajaan 1Malaysia yang pastinya melihat nilai ekonomi dengan kerajaan Thailand melebihi yang lain. Ini dapat dilihat daripada isu peristiwa Tak Bai sebelum ini.

Kronologi peristiwa-peristiwa kezaliman Siam laknatullah diceritakan satu persatu kepada kami (mana yang sempat diceritakan dalam masa yang terbatas itu). Peristiwa pembunuhan beramai-ramai, pemerkosaan, penangkapan tanpa bicara, penyeksaan, ugutan & penculikan ke atas umat Islam Patani yang hanya merupakan secebis dari penderitaan sebenar mereka sehari-hari. kaum lelakinya ditangkap, menyebabkan di sesetengah tempat, yang tinggal hanya wanita & kanak-kanak, menambahkan lagi penderitaan mereka.

Bagi rakyat Patani, mereka tahu mereka memang menghadapi keadaan sukar yang berpanjangan kerana mereka percaya, kezaliman itu datangnya dari Kerajaan Beraja Thai. Jadi tidak kiralah perdana menteri mana yang memerintah, mereka terus dilanda kezaliman kerana hakikatnya tetap raja-raja zalim itulah yang memerintah, yang menjadikan umat islam sebagai musuh mereka, sedangkan umat Islam Patani tidak pernah melakukan sebarang kesalahan kecuali membela diri & hak mereka. Kerajaan Raja Siam ini jugalah yang mengawal & menguasai tentera Thailand, termasuklah tentera baju hitam yang terdiri dari mereka yang tidak berpelajaran & antara tentera yang paling kejam.

Video-video (termasuk yang tidak disiarkan di sini, yang sangat tragik), gambar-gambar & penerangan yang didedahkan kepada kami menjelaskan kepada kami tentang kezaliman Siam laknatullah, & betapa perlunya kita melakukan sesuatu untuk membantu mereka, tidak kiralah dari segi apa pun.

Ini jiran kita, saudara-saudari kita yang seagama, tergamakkah kita membiarkan mereka tanpa pembelaan? Tanpa kita melakukan sesuatu? Jujurnya, bertemu dengan pemuda-pemudi Patani yang bersemangat walaupun dalam serba kekurangan, diri ini merasa kerdil sekali. Dalam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di bumi Malaysia ini, apakah pengorbanan saya & kita kepada Islam? Sedangkan mereka yang dekat sekali dengan kita itu terus berjuang walaupun dalam keadaan serba kekurangan, ketakutan, & kezaliman yang dialami mereka.

Dedahkan kezaliman Siam laknatullah. Boikot produk & ekonomi mereka.

Bantu saudara-saudari Islam kita. Sebarkan & dapatkan maklumat. Hulurkan sumbangan & doa kita.

Layari

http://amanpattani.blogspot.com/

Hidup Islam! Hidup Patani Darussalam! Allahuakbar!

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s