Alhamdulillah, Sahabat Al-Amin a.k.a. Al-Amin Crew baru saja berusrah pada Jumaat 2 Julai yang lalu di Surau Al-Amin. Lupa pula nak diambil gambarnya pada waktu tu. Usrah ketiga setakat ni untuk crew surau yang baru ditubuhkan. Usrah tersebut juga dihadiri oleh pelajar-pelajar bukan AJK yang berminat. Malam itu usrah dimulakan dengan bacaan al-Matsurat & isi fokusnya malam itu ialah soal berkaitan remaja Islam. InsyaAllah, selepas ini, AAC muslimat pula akan mempunyai naqibahnya sendiri.

Flashback: Interactive Dakwah Training Program (IDT)

Bro. Lim Joi Soon

Sedikit flashback, pada 15 & 16 April 2010M yang lalu, berlangsung program IDT/ Interactive Dakwah Program Peringkat I yang diadakan di Dewan Seminar, Masjid Jamek Seberang Jaya. Program dikendalikan oleh Sdr. Lim Joi Soon & Sdr. Muhd. Amin dari PERKIM.

Pelbagai ilmu dakwah & perbandingan agama yang diperolehi dari program 2 hari tersebut. Surau Al-Amin telah menghantar 10 orang peserta terdiri dari AAC & pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 yang berminat, dengan diketuai oleh Ust. Hishamudin.

Alhamdulillah, pendedahan & ilmu yang diberikan amat berguna. Kesinambungan program ini akan diteruskan dalam Program Pemantapan Akidah yang akan dilaksanakan oleh Surau Al-Amin insyaAllah.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s