Alhamdulillah. Sudah agak lama tak update blog ni. Sejak isu freedom floatila, judi bola, juga pelbagai peristiwa & pengalaman yang dilalui.  Allah menguji kita dengan 2 cara, kadang diuji dengan kesenangan, kadang diuji dengan kesukaran, & dalam hidup yang seperti roda ini, ia silih berganti.

Isu serangan ke atas freedom floatilla yang membawa bantuan kemanusiaan juga membawa kepada kebencian meluap=luap dunia kepada kekejaman Zionis, termasuklah umat Islam di Malaysia. Malangnya, seperti biasa, ramai yang hanya marah bermusim, mereka marah pada Zionis, sedang masa yang sama mereka menghisap rokok, & minum Coca Cola dll, yang menyumbang kepada peluru yang menembak aktivis-aktivis keamanan, juga rakyat Palestin di Gaza dll. Sedangkan boikot itu bagi saya adalah penentangan paling lemah yang boleh kita lakukan untuk membantu, & malangnya masih ramai lagi yang memandang remeh isu boikot ini.

Juga, isu membantah judi bola yang telahpun ditarik balik lesen yang dirancang itu setelah didesak hebat oleh rakyat yang cintakan Islam & bencikan judi. Nyata mereka yang memegang kerajaan itu tidak peduli pada undang-undang Allah, yang mereka peduli hanyalah populariti kuasa mereka. Alhamdulillah, kuasa rakyat berjaya mengekang sikap materialistik mereka, & dengan izin Allah, kita akan terus berjuang, kerana masih terlalu  banyak kemungkaran & kerosakan yang berlaku di tanahair kita hari ini, kerana tangan-tangan di atas yang tidak peduli & melupakan Islam.

Para pemuda, ulama, & pelbagai pihak memimpin demo bantahan di perkarangan Masjid Permatang Janggus

Ustaz Afnan Hamimi dalam satu ceramah 'Hapuskan Judi' di Masjid Tok Lebai Hashim

Sudah sampai masanya untuk terus bergerak ke hadapan, & jadikan kisah lalu sebagai pengajaran yang memberikan kekuatan.

Kadang diuji dengan manusia-manusia yang mementingkan perkara-perkara yang remeh, & meremehkan perkara yang penting, terutama di tempat kerja. Itu biasa. Sabar, sabar, & sabar.

Dalam hidup saya yang pernah melakukan pelbagai kesalahan & kesilapan, Allah tetap menganugerahkan saya dengan pelbagai nikmat. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kita boleh dustakan?

Palestin masih disekat & dijajah. Selatan Thai masih dianiaya. Mindanao masih diasak. Kerajaan Malaysia masih meletakkan Islam tidak pada tempatnya. Islam masih ditekan di seluruh dunia. Ramai yang masih belum Islam. Kerja kita masih banyak. Ini bukan masa rehat bagi umat Islam. Usaha mesti terus!

Salam ukhuwafillah. Thank you for reading. Stay tuned =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s