Agak terlewat posting ini, tapi kepentingannya mendorong saya memaparkannya di sini. Pada Jumaat 18 Jun yang lalu, telah berlangsung Ceramah Perdana Gerakan Islam HAMAS Palestin & Eretria di perkarangan pentas perkarangan Masjid Rusila, Marang.

Usai solat berjemaah diimami oleh YB Tuan Guru Abdul Hadi, saya bersama anak saudara saya Syakir & adik saya Masturah, kemudiannya bersama-sama ribuan hadirin membanjiri perkarangan masjid untuk mengikuti ceramah.

Kelihatan juga beberapa pimpinan ulamak lain turut berada di pentas. Dr. Abu Harith dari gerakan Islam negara Eretria memulakan ucapan pada majlis malam itu. Beliau memulakannya dengan ucapan takziah atas kematian Ustaz Hassan Syukri, juga mengucapkan terimakasih kepada PAS & presiden, juga semua yang menyumbang kepada saudara-saudara seIslam terutamanya di Palestin.

Antara lain, beliau menceritakan tentang sejarah Eretria yang mana kerajaan Islam yang terakhir memerintahnya ialah kerajaan Uthmaniyahyang memerintah selama 300 tahun sebelum ia dijajah oleh banyak negara & yang terakhir ialah Euthopia yang merupakan yang paling kejam.

Beliau mengimbas kembali dimana pada tahun 1967, rakyat Malaysia pernah mengadakan bantahan sewaktu raja Eretria datang ke Malaysia ketika itu.

Harakah Islah di Eretria adalah antara yang paling kuat melalui pendekatan penentangan bersenjata, politik, & kebajikan. Eretria pula adalah antara negara paling teruk dalam penindasan hak asasi agama & manusia.

Selepas beliau, Dr. Syeikh Abu Ubadah dari HAMAS pula melontar bicara beliau.

Antara mukadimahnya beliau memberi kata-kata yang memberi kami semangat & rasa persaudaraan Islam yang sangat erat  kepada ribuan yang hadir;

” Anda semua dari Malaysia & Palestin sedang melakukannya (perjuangan) bersama-sama kami, seolah anda lebih Palestin dari rakyat Palestin sendiri. Anda mendokong belakang kami!”

Dalam menceritakan rentetan penjajahan yahudi di Palestin, Dr. Syeikh Abu Ubadah menegaskan yang Israel sedang menuju kebinasaan. Pengunduran Israel dari selatan Lubnan & Gaza adalah hasil jihad. Walau dalam keadaan yang dhaif, pejuang-pejuang Gaza berjaya bertahan sehingga Israel mengalami kekalahan.

Pemuda-pemuda pejuang tersebut membaca doa & Al-Quran dalam keadaan berwudhuk sewaktu menembak peluru-peluru mereka. Allah meletakkan ketakutan di hati-hati tentera Israel hingga ada yang bunuh diri kerana takut. Mereka tahu pemuda-pemuda Islam itu cinta kepada mati sebagaimana mereka cinta kepada hidup.

HAMAS yang menjadi simbol penentangan bagi penduduk Palestin & dunia menjadi terkenal adalah kerana tindakan bodoh Israel sendiri antaranya menyingkirkan pejuang HAMAS, membunuh Syeikh Ahmad Yasin, & menyerang Gaza. Juga serangan bodoh Israel ke kapal-kapal bantuan telah membangkitkan kemarahan dunia, termasuklah negara-negara yang sebelum ini menyokong Israel.

Mengakhiri majlis malam itu, Tuan Guru Abd. Hadi menceritakan bagaimana yahudi menguasai dunia, antaranya disebabkan oleh kelemahan umat Islam sendiri iaitu cintakan dunia, & tajutkan mati. Tuan Guru Abd. Hadi mengingatkan;

“Kita takut mati pun mati, berani mati pun mati. Lebih baik berani mati, bersedia dengan amalan & ketaatan kepada Allah.”

Malam itu turut dijalankan kutipan derma khas untuk membeli buku-buku mengisi kutubkhanah untuk pelajar-pelajar Palestin. Alhamdulillah, kutipan untuk malam itu sahaja melebihi RM 15 000.

Moga gerakan Islam HAMAS & di Eretria terus diberkati. Sama-samalah kita memberi sokongan dalam apa jua cara yang terdaya. Sungguh, kita semua adalah bersaudara dalam perjuangan ini.

Usai ceramah tokoh-tokoh ini, saya berpeluang memeluk & bersalam dengan Dr. Syeikh Abu Ubadah. Pejuang-pejuang & pendokong HAMAS berpeluang untuk merasai syahid. Diri yang penuh khilaf ini terasa sangat kerdil berbanding mereka. Apa peluang saya? Moga Allah memberi peluang-peluang itu untuk kita… Peluang untuk mati di jalan Allah. Aamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. Fikree Fauzi says:

    Alhamdulillah, Rakyat Malaysia memang mengambil berat tentang perihal sesama islam walaupun di tempat lain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s