Dalam satu lagi tindakan sekular & diskriminasi agama oleh kerajaan Peranchis,  mereka telah mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam. Saya katakan ini adalah diskriminasi agama kerana ia hanya dilarang pakai jika ia adalah berdasarkan faktor agama. Seorang muslimah dalam satu tindakan yang bijak telah mencadangkan satu cara di mana mereka tak perlu menunjukkan wajah mereka tanpa memakai purdah, & kerajaan sekular itu tak akan dapat mengambil tindakan terhadap mereka, kerana itu mungkin akan mengancam hak asasi manusia pula (yang mereka dakwa mereka agung-agungkan). Saksikan.

Petikan berikut adalah dari http://www.niknasri.com/

Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada 13 Julai 2010) meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian purdah di semua tempat awam. Menurut rang undang-undang tersebut, wanita yang memakai purdah atau pakaian penutup muka lain di tempat awam, bukan sahaja akan didenda sebanyak 150 Euro, malah perlu dihantar mengikuti kursus mengenai nilai kewarganegaraan Perancis. Manakala, mereka yang memaksa wanita memakai purdah, akan dipenjara setahun atau denda sebanyak 30,000 Euro.

Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Senat untuk dibahaskan pada September nanti dan dikuatkuasakan selepas itu. Kini, terdapat lebih 5 juta penduduk Muslim di Perancis. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 daripada mereka yang memakai purdah. Sebelum ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pernah menyifatkan purdah sebagai bertentangan dengan harga diri wanita.

Klip-video di atas menunjukkan reaksi seorang gadis Perancis perkara yang boleh dibuat oleh pemakai purdah di khalayak ramai tanpa menunjukkan muka. Saksikan.

__________________________________________________________________

Klip di bawah pula adalah sedutan dari bantahan umat Islam di UK di hadapan kedutaan Belgium yang juga melakukan perkara yang sama pada Mei lalu.

Umat Islam di negara yang bukan negara Islam bersatu mempertahankan sunnah walaupun ditekan-tekan, umat Islam Melayu di Malaysia pula bagaimana?

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s