Sedikit flashback.

Pada 22 Julai lalu, Tuan Hj. Jamaludin Hj. Elias, timbalan presiden Yayasan Amal Malaysia, yang juga salah seorang dari 12 aktivis sukarelawan Malaysia di atas kapal Mavi Marmara yang ditahan rejim zionis telah berkunjung ke SMTSP & memberi ceramah beliau tentang isu Palestin & penglibatan Yayasan Amal Malaysia dalam memberi bantuan kemanusian, juga pengalaman & iktibar yang dikutip dalam insiden Mavi Marmara, juga lawatannya ke Gaza sebelum itu.

Saya lebih senang memanggil beliau sebagai Abang Jamal sahaja seperti sebelum ini. Waktu itu saya masih bujang & bekerja di Sabah. Dalam satu siri penerangan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ke Acheh di Sabah, sewaktu di KK, Abang Jamal sempat menginap di rumah saya, & saya mengenalinya sebagai seorang yang pemurah & mudah mesra. Kali ini, perasaan itu tetap sama, bahkan mungkin telah bertambah.

Beliau memang seorang sukarelawan amal yang tulen. Bersama rakan-rakan yang lain, beliau menjelajah seluruh tanahair untuk memberi penerangan tentang misi kemanusian tersebut dengan Nazaria mereka, & hanya tidur di masjid, kecuali jika disediakan lebih awal, tapi mereka tidak memintanya. Nazaria itu sendiri dah jadi macam rumah mereka. Menurut Abang Jamal, lebih baik wang yang ingin diberi bagi menampung penginapan mereka itu diberi kepada rakyat Palestin.

Kenderaan yang juga menjadi rumah mereka dalam memberi penerangan ke seluruh tanahair

Saya juga pernah terbaca sebuah artikel berkenaan beliau dalam sebuah akhbar berkenaan misi Mavi Marmara tersebut. sebelum berangkat pergi, beliau berpesan kepada isterinya; “Jangan harap abang abang balik,” mengambarkan kesungguhan & cita-cita beliau untuk mati di jalan Allah.

Para pelajar terutamanya hari itu tersentuh apabila ditunjukkan gambar-gambar bagaimana sekumpulan pelajar-pelajar perempuan Palestin, bersama guru mereka yang dihalang rejim zionis daripada memasuki sekolah mereka untuk belajar.

Ternyata itu tidak memadamkan semangat mereka untuk belajar, akhirnya mereka membuat kelas terbuka di tepi sekatan zionis tersebut.

Agaknya kalaulah pelajar-pelajar tipikal kita yang dikenakan sekatan seperti itu, barangkali mereka akan menerimanya dengan rela hati, bahkan mungkin juga gembira kerana tak perlu ke sekolah.

Juga diceritakan bagaimana sewaktu sedang melawat sekumpulan kanak-kanak Palestin dalam satu misi Yayasan Amal ke Gaza sebelum itu, mereka tidak mengadu & mengeluh di atas kelaparan mereka, bahkan apabila diberikan coklat, mereka tanpa disuruh membahagikan coklat tersebut supaya rakan-rakan yang lain dapat saling berkongsi makan.

Hadirin juga amat terharu disaat Abang Jamal menceritakan tentang keadaan anak-anak yatim kecil di Palestin. Dalam satu peristiwa ketika beliau melawat satu kawasan yang dipenuhi anak-anak yatim, beliau telah mendukung 2 orang anak kecil di kiri & kanannya. Bila Abang Jamal ingin menurunkan mereka, mereka tidak mahu turun sambil memanggil “Abi, abi…” Lalu mengalir air mata Abang Jamal mengenangkan nasib anak-anak yatim itu.

Tapi insyaAllah, kesukaran & cabaran itu jugalah yang akan menguatkan mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi suci itu. Merekalah generasi yang akan terus memperjuangkan negara Palestin, kerana Israel itu sebenarnya tidak pernah wujud, ia hanya fantasi para zionis yang dibina dengan darah & airmata rakyat Palestin.

Untuk Abang Jamal, moga Allah akan terus memberikan kekuatan kepadamu. Moga Allah menyampaikan impianmu. Amin. Sama-samalah kita terus bersama saudara-saudara kita di Palestin, teruskan doa, boikot & bantuan. InsyaAllah.

Bagi anda yang ingin meyumbang & membantu melalui Yayasan Amal Malaysia, layari  http://www.amalmalaysia.net/v1/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s