Setiap pemimpin bertanggungjawab pada orang-orang yang dipimpinnya, ke mana ingin dibawa orang-orang yang dipimpinnya, samada dekat kepada Islam, atau jauh daripada Islam. Dekat atau jauh dengan Islam pasti membawa natijahnya masing-masing yang rasanya semua pun tahu. Sebab, pengakhiran hidup kita pun diakhiri dengan 2 tempat yang berbeza, satu syurga yang nikmat, & satu lagi neraka yang penuh azab. Terkadang kita dikelirukan oleh nikmat fana dunia yang tak punya nilai di sisi Allah lalu kita tenggelam dalam keseronokan yang sia-sia itu. Dan andainya ini yang terjadi kepada para pemimpin rakyat, yang ideologinya dihimpit semangat kebangsaan sempit, matlamat material semata & menyuburkan budaya hedonisme,  maka apakah faedahnya untuk rakyat jika mereka terus menyokong pemimpin seperti ini? Tidak ada langsung.

Tidak ada langsung.

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

Cara Ismail Sabri raikan Aidil Fitri

12 Syawal 1431 H

TEMERLOH, 20 Sept:

Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.

Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.

Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.

Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Harakahdaily/-

*Kembalilah kepada Islam wahai Datuk & keluarga…sementara masa masih diberiNya.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s