Dipetik dari http://pukullima.blogspot.com/ *

KARAOKE DAN HAK JIRAN

Dah nak meletup ni.
Dah pukul 11 malam tetapi jiran terdekat sebelah rumah masih memasang karaoke. [yang baru siap renovation rumahnya selepas lebih 4 bulan tu la].
Malam ini diadakannya Jamuan Hari Raya. Jemputan adalah kawan-kawan dan turut dijemput jiran-jiran tetangga [surat jemputan dimasukkan ke dalam posbox rumah, oklah].
Kanopi dipasang pada malam semalam. Kerusi dan meja disusun di separuh jalan selepas maghrib.
Pada mulanya saya bercadang untuk menerima jemputan kenduri dan bawa Ikram sekali tetapi apabila bunyi lagu karaoke mula kedengaran sejurus selepas isyak, saya dah mula kurang senang hati.

Karaoke dipasang secara terbuka di luar rumahnya. Open air. Full volume. Malam selepas isyak pula tu.
Rumah saya pula terletak bersebelahan dengan rumahnya. Mahu tak mahu terpaksa bersabar sahaja mendengar suara penyanyi tak profesional orang kebanyakan dengan kadang-kadang ‘out-of-tune’ melolong.
1 jam bolehlah bersabar. 2 jam masih boleh bertahan.
Ni dah 11 malam, tetapi tak dapat berehat lagi kerana gangguan bunyi dari luar [walaupun di tingkat atas, bilik tidur berhawa dingin].

Issshhhh geram.
Ni satu kezaliman dah.
Tak menghormati hak jiran.
Apasal la nak memasang karaoke dengan mike dan speaker besar di luar rumah.
Sambut Hari Raya Aidilfitri dengan cara berhibur beginikah?
Mesti menyanyi/mendengar karaoke semasa makan? Dengan lagu raya dan lagu jiwang-jiwang entah apa-apa?
Mengapa tak boleh pasang muzik atau nasyid dengan bunyi sederhana saja? Jatuh standardkah?

Nak tegur, saya malas sungguh, tambahan pula suami outstation malam ini.
Jiran itu pula, si suami yang dah berusia baru balik dari belajar mengaji di benua Arab. Patutnya ilmu agama Islamnya lebih tinggi daripada saya, bukan? Entahlah…
Alahai, ketika saya menulis pun [11.10pm], masih kedengaran dengan kuat suara ‘teruk’ mereka menyanyi di luar sana.

Pintu pagar rumah saya sudah ‘ditutupi’ mereka yang meletakkan meja kerusi di luar rumah saya tanpa kebenaran saya.
Ya, meja kerusi menjalar sehingga ke depan pagar rumah saya. Aduh, aduh. Tak tanya langsung tuan rumah ini samada boleh letak atau tidak.
Saya tak mahu keluar tegur kerana tak mahu bergaduh dengan jiran, dan memalukannya di hadapan para tetamunya.
Lebih baik duduk diam di dalam rumah dan melepas geram dalam blog saja, huhuhu.

Ikram dah merengek beberapa kali kerana terkejut tetapi syukur, dapat ditidurkan semula.
Alhamdulillah berkat latihan dari bayi lagi, dia sudah lali pada bunyi sekeliling dan mudah lelap.
Kalau tidak, memang ummi ini akan mengamuk sakan, jamuan pun lantaklah😛
Entah bagaimana keadaan anak jiran sebelah rumah yang satu lagi yang sedang membuat ulangkaji terakhir malam ini untuk UPSR keesokan hari?

Agaknya inilah sikap orang kaya, sehingga lupa akan hak jiran tetangganya?
Atau adakah dia fikir hanya kerana dia dah jemput kami ke jamuannya, maka semua pun boleh dia lakukan pada malam ini?
Hmmm… susah bila dapat jiran begini. Syukur jiran di sebelah lagi sangat baik.

[Saya tak hadiri jamuan jiran malam ini kerana 1) Pening dengan bunyi karaoke itu 2) Mahu latih Ikram supaya tidak sambut Aidilfitri dengan hiburan begitu. Dengan tidak hadir, secara tidak langsung dapat hindarkannya daripada terpengaruh dengan hiburan karaoke begitu, insyaAllah]

*Penulis artikel ini; NurAliya Yeoh adalah seorang bekas non-muslim yang telah menjadi seorang muslimah. Anda boleh mengikuti tulisan beliau di blognya pukullima.blogspot.com.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s