Dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/

Oleh kerana semangat juang kita yang semakin lemah dan sentiasa berpecah belah ketika mana musuh-musuh Islam berkerja kuat untuk memusnahkan kita..saya hadiahkan anda Solehuddin al-Ayubi..

Disini saya bentangkan serba sedikit tentang latar belakang Solahuddin al-Ayyubi pahlawan Islam yg terbilang.. .

Nama:Yusuf bin Ayyub bin Syazi
Lahir: Tahun 533hijrah di Tikrit di utara Iraq.

Jawatan yang dipegang:-

1. Ketua polis di Damsyik, Syiria.
2. Dihantar oleh Sultan Nuruddin ke Mesir bersama pakciknya untk menghalau tentera salib.
3 Menghalau tentera salib dr Mesir dan dilantik menjadi menteri menggantikan pakciknya.
4. Selepas kematian Sultan Nuruddin, beliau berjaya menyatukan Mesir, Syam, Utara Iraq dan Yaman di bawah kepimpinannya pada tahun 581h (syarat kemenangan adlah bersatu padu. Tuhan telah menyebut dlm surah Anfal 46; Tidak taat pada Allah dan rasul dan berpecah belah mengakibatkan kegagalan dan hilang kekuatan)
5. Beliau menumpukan usaha-usaha untuk membebaskan negeri umat Islam dari tentera salib. Diantara cara beliau adalah:
a. Menyuruh para ulama supaya membangkitkan semangat jihad.
b. Beliau sendiri menyelia latihan-latihan tentera dan bersama-sama membina kubu-kubu.

c. Beliau tidak ketawa dan berkata: وكيف أضحك والأقصى أسير

Maksudnya: Bagaimana aku ketawa sedangkan Masjid Aqsa telah ditawan.
d. Membuat perdamaian dgn tentera salib sementara untuk mempersiap tentera bagi mengalahkan mereka. (apakah sumbangan kita terhadp negara-negara Islam yg diperangi diseluruh dunia? masih berseronok-seronok buat dosa dan main semata-mata)

The moments during the war

– Keluar dari Damsyik dgn tenteranya sehingga sampai di Hittin
– menyeru seruan jihad dan keluarlah pejuang-pejuang dari seluruh negeri-negeri Islam
– menguasai tempat tadahan air di pagi 25 Rabiul Awal 583h dan pada hari itu brsangatan panas
– Mereka mengepung tentera-tentera salib di tengah hari yg sangat panas dan membakar rumput-rumput kering menyebabkan musuh-musuh bertambah dahaga.
– Orang Islam telah membunuh 30,000 dan menwan jumlah yg sama.
-Kemudian beliau memanggil pemerintah kark yg memaki Nabi s.a.w dan menganiaya gerombolan haji dan perniagaan yg lalu dan Salahuddin membunuhnya. (apa yg kita buat ketika musuh-musuh Islam sekarang menghina Rasul? Nak boikot pun  tak mampu…)
– Kemudian beliau menuju ke Bait Maqdis untuk membebaskannya setelah dijajah oleh tentera salib selama 91 tahun.
– Salahudin berjaya membebaskan Msjid Aqsa dalam peperangan yg sengit ketika peristwa mengingati Isra dan Mikraj.
– Beliau terus mara membebaskan Tabriah, Akka, Saida, Beirut, Gazza, Nablus, Asqalan dan bandar-bandar yg lain dari jajahan tentera salib.

His contributions in Islam

– mewujudkan suasana ilmu di Mesir dengan mengeluarkan manuskripmanuskrip dan mendirikan pasar-pasar menjual kitab.
– Membina pusat-pusat kesihatan dan membina kubu-kubu di Mesir. Beliau tinggal di Mesir selama 24 tahun.
– meninggalkan Mesir dan duduk di Syiria selama 19 tahun. Membina pusat-pusat kesihatan dan sekolah-sekolah di sana.

The great warrior in Islam

Satu hari beliau lalu di satu khemah tenteranya dan mendapati tentera yang berada di situ tidur dan tidak bangkit bertahjud…lalu beliau berkata: فإن أوتينا فمن قبل هؤلاء نؤتى
Maksudnya:

Sekiranya kita diserang dan dikalahkan maka sebab mereka semua inilah… (bagaimana dengan hubungan kita ngan Tuhan? Tahajud kita? Puasa sunat kita? Sedekah kita? Zikir kita? Adakah kita layak menjadi pejuang Tuhan? )

Beliau meninggal pada tahun 589H di Damsyik ketika berumur 57 tahun.

Firman Allah:
Adakah kamu menyangka kamu boleh masuk syurga sedangkan Allah belum mengethui siapakah yg bejuang membela Islam dan siapakah yg sabar dlm perjuangan(tak lari dr perjuangan)

Ali Imran:142

Rujukan saya adalah kitab ‘Uzamaal Islam’ karangn Muhammad Said Mursi.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s