"Ajarlah anak-anakmu menutup aurat..." Gambar sekadar hiasan =P

Dipetik dari http://setiawatimustain.blogspot.com/

  1. Aku belum berkahwin lagi dan mungkin tidak layak untuk memberikan pandangan dalam isu ini. Namun, jiwa mudaku memanggil untuk menulisnya juga lantaran melihat suasana masyarakat yang semakin jauh daripada lunas yang sewajibnya diikuti. Lebih menyedihkan lagi apabila melihat masyarakat yang menjuarai isu “salah mendidik anak” ini dipelopori oleh umat Islam iaitu saudaraku sendiri.
  2. Hari ini, kita agak terkejut apabila melihat ibu bapa boleh menangis apabila anak-anak mereka tersingkir daripada pertandingan realiti TV seperti, AF, Mentor, Pilih Kasih, Bintang RTM dan sebagainya. Para pembaca sudah semestinya tahu tentang program-program ini. Program ini membenarkan pendedahan aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan serta pelbagai lagi aktiviti dilakukan tidak yang seperti Islam mahukan.
  3. Jika program-program di atas khusus untuk remaja dan golongan dewasa, kanak-kanak turut dilibatkan dalam agenda menyesatkan ini. Siapa tidak tahu tentang rancangan kanak-kanak seperti Idola Kecil*, Tom Tom Bak, Bintang Kecil dan sebagainya. Inilah hidangan yang disajikan buat mereka. Ibu bapa hanya membiarkan anak-anak menonton dan menyokong rancangan seperti ini malah turut memberi galakan untuk menjadi seperti mereka.
  4. Ibu bapa lebih berbangga apabila melihat anak mereka dapat menari, menyanyi dan berlakon dengan baik. “Bab-bab mengaji al-Quran ni diaorang tak pandang dah,” kata kawanku. Kalau dapat jadi juara dalam satu-satu program lagi mereka bangga. “Kembang hidung,” kata orang kampungku. Sekarang ini lagi hebat, anak-anak cilik ini sudah diajar untuk mebuat persembahan dalam satu konsert mereka sendiri. Yang terkini, Konsert Permata Negara yang akan diadakan pada 14 dan 15 Disember ini. Tujuannya untuk menggilap bakat muda dan menyerlahkan rentak bangsa. Mak oi.., dengar macam betul saja.
  5. Inilah sebahagian wadah tarbiyyah yang dipilih oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Amat malang apabila para ibu bapa Muslim yang menjuarai isu ini seperti diterangkan sebelum ini. Adakah tiada kaedah mendidik anak yang digariskan di dalam Islam…??? Bukankah Islam itu syumul (lengkap)…??? Segala persoalan hidup manusia ada di dalamnya. Katakan apa saja, masuk tandas ? Bangun tidur ? Urus negara? Bekerja ? semua ada termasuk cara mendidik anak yang betul.
  6. Soalnya, mengapa para ibu bapa Muslim ini masih memilih cara jahiliyyah dalam mendidik anak mereka ? Kasihan anak-anak kecil yang tidak berdosa itu. Mereka lahir dalam keluarga orang Islam tapi diajar untuk menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi. Bukan diajar menjadi Islam.
  7. Jawapan saya mudah sahaja, ada satu kuasa yang boleh mengawal semua ini. Jika kuasa itu betul, mak betullah yang dikawalnya dan jika kuasa itu tidak betul, maka tidak betullah yang dikawalnya itu. Kuasa itu namanya pemerintah. Hari ini, dengan sedar pemerintah Malaysia merestui semuanya berlaku. Mereka tidak peduli dengan rakyat, yang penting mereka memerintah. Oleh kerana mereka, ibu bapa salah, mereka pun salah.
  8. Apa ada pada rakyat..? Peduli kau rakyat. Selagi mana rakyat jahil tentang agama, itu adalah keuntungan buat pemerintah. Pemerintah yang ada sekarang akan semakin lama memerintah. Cukuplah rakyat tahu di mana masjid dan sekali sekala datang ke masjid untuk baca yasin dan kenduri arwah. Lebih daripada itu tidak perlu…!!! Biarkan rakyat sesat, yang penting kita memerintah..!!! Huh, pemerintah…pemerintah…
  9. Wahai para ibu bapa, kembalilah kepada Islam. Walaupun sekarang tidak ada Nabi untuk dirujuk, namun kita masih boleh bertanya kepada para ulamak, ustaz dan ustazah atau kepada siapa sahaja yang tahu tentang Islam. Tidak rugi jika mengamalkan cara hidup Islam. Didiklah anak dengan cara Islam. Ingatlah, sesungguhnya di akhirat nanti Allah akan tanya kepada kita bagaimana cara kita mendidik anak. Jika anak masuk ke dalam neraka, ibu bapa juga berpotensi untuk join bersama.
  10. Kepada para pemerintah Malaysia, tadbirlah rakyatmu mengikut lunas agamamu. Mengapa perlu diikut telunjuk musuh agamamu ? Di akhirat nanti, semua pemerintah akan ditanya tentang pemerintahannya termasuk kalian. Beringatlah, semua kerajaan yang ada pasti akan hancur. Hanya kerajaan Allah yang akan kekal.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s