Hj Hanafi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan

Dipetik dari http://passepanggar.blogspot.com/

Saturday, December 25, 2010

24hb Disember: Sempena perayaan Krismas yang akan disambut oleh penganut Kristian, Pas kawasan Sepangar melalui DPP kawasan telah sekali lagi membuktikan keperihatinan terhadap golongan yang tidak berkemampuan. DPP Sepangar menyedari bahawa bantuan yang disampaikan adalah tanggujawab sosial yang perlu dilaksanakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama. Bertempat di Kg. Lapasan, seramai lebih 25 keluarga yang kurang berkemampuan telah diraikan pada majlis penyerahan bantuan sempena perayaan Krismas yang akan mereka sambut pada keesokan harinya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Zahari Yusuf selaku JKKK kampung, Saudara Nazri Sulaiman yang juga NYDP PAS kawasan dan Hj Hanafi Abdullah salaku Timbalan YDP PAS kawasan. Pada ucapan ringkas yang disampaikan oleh saudara Nazri Sulaiman, beliau telah menyatakan komitmen PAS kawasan Sepangar untuk sentiasa membantu masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa. Ini adalah kerana Islam mengajar umatnya agar sentiasa saling tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang berada dalam kesusahan.

Sebahagian penduduk yang hadir untuk menerima bantuan
Lagi penerima sumbangan dari kaum ibu

 

Penduduk berasa gembira di atas keperihatinan PAS terhadap nasib mereka

Menurut Ketua DPP Sepangar saudara Saifuddin Samsuddin, bantuan yang dihulurkan ini juga adalah terdiri daripada sumbangan dari teman-teman kristian yang sudi menghulurkan wang kepada DPP untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Keceriaan jelas terpancar dari penduduk yang menerima sumbangan, serta rata-ratanya menyatakan terima kasih atas ingatan PAS terhadap nasib penduduk.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s