Dipetik dari http://islamreturn.blogspot.com/ & http://www.tranungkite.net/v11/

Kerja-kerja mengecat dilakukan secara gotong-royong

Seminggu sebelum sekolah ini dibuka adalah waktu-waktu kritikal yang dipikul oleh seluruh jawatankuasa sekolah. Mudah-mudahan penat lelah dalam menyiapkan kemudahan bangunan ini diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t untuk dikutip dipadang Mahsyar nanti. Manakala kemanisannya akan dapat dirasa mungkin 20 tahun lagi, InsyaAllah.

Jadilah sebahagian dari penyumbang untuk usaha dakwah ini, demi membangunkan generasi Islam yang akan menjadi penerus kepada Islam yang lebih gemilang di masa depan insyaAllah;

Kempen 1000 Orang Menderma RM 100 Secara Online

KENYATAAN MEDIA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ, BANDAR SIERRA, KOTA KINABALU SABAH.

SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI ) YG PERTAMA DI NEGERI SABAH AKAN BEROPERASI JANUARI 2011.

Pendidikan sekolah rendah merupakan tahap yang terpenting dalam pendidikan formal kanak-kanak. Pendidikan pada tahap ini menjadi teras kepada kejayaan sistem pendidikan yang akan datang. Setelah berjaya memperjuangkan penubuhan tadika atau pusat asuhan yang berteraskan sistem pendidikan Islam sejak 25 tahun yang lepas di bumi Sabah , maka timbul satu kesedaran untuk memulakan dan merintis perjuangan untuk tahap yang kedua iaitu membina Sekolah Rendah Islam (SRI).
Menurut pengerusi jawatan kuasa penubuhan sekolah ,En Mohd Anuar bin Ali ,ianya bermula dengan majlis ilmu,usrah,kuliah,ceramah dan perbincangan tak secara formal mengenai kepentingan pendidikan anak-anak, statistik mengenai masalah sosial yang melanda pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya di Kota Kinabalu, maka bermulalah mesyuarat yang pertama penubuhan sekolah pada 11 Oktober 2010. Terbentuklah jawatan kuasanya yang dianggotai 30 orang  pengasas yang terdiri dari semua lapisan masyarakat,dari jawatan pensyarah di universiti, guru sekolah, guru agama, peniaga, mekanik, buruh binaan dan kakitangan kerajaan dan swasta.

Bertindak dan bersatu diatas satu niat untuk memperkukuhkan lagi penghayatan Islam di kalangan masyarakat , maka bermula mesyuarat mingguan,solat hajat  dan kerja yang berterusan, maka 60 orang pelajar dan 9 orang guru akan terlibat mengoperasikan SRI al-Hafidz pada Januari 2011.

Kurikulum sekolah ini adalah gabungan tahfiz,agama dan akademik (KBSR).Pihak sekolah telah mengadakan satu kerjasama pintar dengan Maahad Tahfiz Bustanul Ariffin ,Tanah Merah,Kelantan dan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Kedah Darul Aman.

Aspek kokurikulum juga tidak akan diabaikan .Pendekatan tarbiyah Islamiyyah akan dilaksanakan di samping pendekatan secara interaktif yang berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah akan titik beratkan.Penggunaan alatan multi media juga akan diusahakan. Tekad untuk menjadi sekolah perintis yang berjaya di negeri Sabah di bawah bayu ini akan sentiasa di doakan.

Pihak sekolah meletakkan 6 objektif

1. Menyediakan satu pendidikan bersepadu dunia dan akhirat

2.Melahirkan pelajar yang berilmu,beramal dan berakhlak.

3.Mendekatkan anak-anak kepada al-Quran dan menjadikan Al-Quran rutin bacaan seharian.

4.Menyediakan satu alternative kepada ibu bapa untuk mencorak pendidikan anak-anak

5.Melahirkan pelajar yang menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 5 juzuk Al-Quran

6.Melahirkan generasi yang mempunyai roh keIslaman dalam kehidupan seharian.

Maka untuk mencapai objektif itu pihak sekolah melancarkan

KEMPEN 1000 ORANG MENYUMBANG RM 100 MELALUI ONLINE UNTUK TABUNG SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ

yang dilancarkan oleh TUAN GURU HJ BAQI BIN OSMAN pada hari Jumaat  16 Disember 2010 melalui munajatnya.

Dana dari kempen ini akan di gunakan untuk mengubahsuai 3 buah kelas,1 pejabat, 1 dewan serbaguna,2 bilik rehat pelajar & guru ,kantin dan perpustakaan. Dana ini juga akan digunakan untuk membeli peralatan sekolah seperti kerusi, meja, aircond dan rak buku.

Beliau juga merupakan ahli majlis NGO Islam Sabah (CONCERN) mengharapkan kempen ini akan mendapat sokongan daripada umat Islam di Malaysia.

Sumbangan boleh dimasukan kedalam  akaun

BIMB (10016010078210)

MAYBANK ISLAMIC (560214005477)

atas nama SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ



About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. cikgu fairos says:

    Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dari Allah swt.Mendidik jenerasi robbani,insyaAllah

  2. siti jamaliah says:

    salam ustaz, kelas hujung minggu ada tak? cadang nak hantar anak belajar disana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s