Dipetik dari http://pukullima.blogspot.com/

SELUAR

“Tak panaskah, pakai seluar panjang?”
Kalau di sekolah jenis kebangsaan,ramai pelajar Cina atau India yang berseluar pendek paras lutut, tidak pernah saya nampak pelajar Melayu berpakaian begitu.
Anehnya, sepanjang tempoh 12 tahun mengajar di sekolah rendah, tidak pernah terlintas di hati ini untuk bertanya mengapakah tiada seorang pun pelajar lelaki Melayu yang pergi ke sekolah memakai pakaian seragam sekolah dengan berseluar pendek, seperti yang dipakai oleh ramai pelajar Cina di SJKC. Rata-rata mereka berseluar panjang.
Pada pendapat saya yang jahil ketika itu, mungkin mereka berseluar panjang kerana ibu bapa tidak mahu mereka cedera di lutut kerana terjatuh. Maklumlah, pelajar lelaki memang lebih aktif. Lagipun, mereka kelihatan lebih tampan apabila memakai seluar panjang. Ya, logik akal.

Mak saya pula suka merungut apabila melihat kanak-kanak Melayu memakai seluar panjang.
“Tak panaskah, seluar panjang? Bukankah lebih mudah berseluar pendek saja? Pakai seluar panjang beberapa kali saja, dah jadi pendek dan tak boleh pakai lagi.. kanak-kanak kan cepat membesar?”
Adik lelaki saya sendiri dipakaikan dengan seluar pendek paras lutut. Oleh kerana dia belajar di sekolah jenis kebangsaan, maka kalau tak silap saya, itulah uniformnya sehingga dia menjadi pelajar menengah atas, barulah dia memakai seluar panjang.

Apabila memeluk Islam dan mengkaji tentang aurat lelaki, barulah saya faham mengapa lelaki Islam perlu memakai seluar panjang di khalayak ramai.
Ooooo, rupa-rupanya menurut kebanyakan ulama Islam, aurat lelaki di antara pusat dengan lutut!
Maksudnya kalau lelaki Islam pakai seluar pendek paras lutut, dia dikira berdosa kalau dia mendedahkan lutut dan pahanya secara tidak sengaja .

Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Hmmm… hal ini nampaknya kurang diambil berat oleh sesetengah golongan lelaki beragama Islam, terutamanya mereka yang menjadi warga kota. Mereka berpakaian sama seperti lelaki nonMuslim yang tidak terikat dengan hukum menjaga aurat. Seluar pendek atas paras lutut dipakai untuk bersukan dan kemudiannya di khalayak umum. Bila membongkok, nampaklah sedikit lurah yang tidak manis dipandang. Bila mencangkung nampaklah pula paha.
Tambah perit lagi apabila lelaki Islam pergi berkelah dengan berpakaian hanya seluar pendek berenang. Terdedahlah segala yang tidak patut didedahkan kepada pandangan umum. Aduh, sakitnya mata!

Hairan sekali, tatkala ramai lelaki Islam heboh memperkatakan tentang aurat wanita Islam, dan asyik mengkritik mereka yang pakai tudung tak cukup syarat, mereka sering senyap pula tentang penjagaan aurat kaum spesies mereka sendiri. Kononnya dah cukup terjaga aurat si lelaki. Betulkah begitu, terpeliharakah aurat lelaki Islam?

Nota: Sedang melatih Ikram, 5 bulan untuk memakai seluar panjang di tempat umum, terutama selepas waktu Asar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya🙂

___________________________________________

inksensei: Tak malu ke mengaku Islam sejak lahir, ditegur oleh muslimat yang baru memeluk Islam? Berubahla bro

Macam-macam posting berkenaan aurat; klik bawah;

inksensei.wordpress.com/category/aurat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s