Updates:

Calon Pas PRK Tenang Lawat Jenazah Orang UMNO

January 21, 2011

Yang hidup didahulukan, yang meninggal dilupakan…

TENANG, : Pn Maimunah Hindun sebak menerima kunjungan ziarah daripada bakal calon Pas PRK Tenang, Puan Normala Sudirman dan rombongan sebagai penghormatan terakhir kepada suaminya Abd Latif Subri Mohd Din. Suaminya meninggal dunia awal pagi semalam akibat sakit jantung dan darah tinggi.

Pada awalnya keluarga Allahyarham berharap Perdana Menteri akan melawat untuk kali terakhir Setiausaha UMNO Felda Tenang itu, namun menghampakan. Beliau tidak hadir pun untuk memberikan penghormatan kepada jenazah sedangkan padda hayatnya Allahyarham berkhidmat untuk Umno. Lebih menyedihkan lagi, imam yang sepatutnya bertugas turut pergi meraikan majlis lawatan Perdana Menteri tersebut.

Jenazah Allahyarham disempurnakan selepas Zohor oleh sukarelawan dan Unit Amal dari Pas termasuk membantu mengurus penggalian kubur. Allahyarham meninggalkan 4 orang anak dan seorang cucu.

Dipetik dari http://sanggahtoksago.blogspot.com/ & http://www.youtube.com/user/tvpas09

Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, sepanjang ingatan saya seorang tokoh muslimatnya – Normala Sudirman, 38 – didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini. Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno-BN.
Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS. Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.
Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya. Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.
Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.
Namun jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan, mana tahu.
Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.
Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kemampuannya bekerja, mengatur strategi dengan tepat, menemui sebanyak mungkin pengundi dan sebagainya. Ini adalah pilihan raya kecil bersekala besar, justru ia menarik perhatian semua pihak. Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.
Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.
Sementara itu dalam ucapan di malam perisytiharan calon PAS itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.
“Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya,” katanya.  Beliau menambah, bahawa Pakatan Rakyat sedar, pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. “Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad,” katanya.
Namun Presiden PAS itu meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.
“Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini,” katanya. Semakin hampir hari penamaan calon dan hari mengundi, suasana di Labis semakin rancak. Para pemimpin dan penggerak parti kebanyakannya sudah berada di Tenang untuk membantu kempen calon PAS, Cikgu Mala agar memenangi Dun ini.
Mereka akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tenmpat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat. Cikgu Normala akan berada di tengah gegak gempita kempen ini dan kita yakin beliau kenal ramai dengan rakyat pelbagai kaum di kawasan itu, justru kiranya ini memberikan peluang yang baik kepada beliau untuk mendapat sokongan.
Normala akan bertemu dengan para pengundi di tiga kawasan Felda di Tenang, yang kononnya selama ini menjadi kubu kuat Umno-BN. Tanggapan ini biasalah, tetapi tidak mustahil pengundi Felda, khususnya generasi baru akan mengundi Normala.
Beliau juga akan menemui sebanyak-banyaknya pengundi kaum Cina dan India dan diharapkan pengundi ini akan memilih calon Pakatan Rakyat ini disebabkan pengundi bandar biasanya melihat faktor isu dan seumpamanya. Walau apapun keputusannya nanti, Cikgu Normala telah tampil sebagai tokoh muslimat dan pemimpin masa depan PAS dan sudah tentu beliau akan meneruskan perjuangannya.

Taktik jahat bermula: Umno guna Jabatan Pelajaran “dera” suami calon PAS Tenang

Inilah Umno. Jahatnya parti kebangsaan ini jelas sedari dulu lagi. Mereka akan lakaukan apa sahaja untuk menang. Untuk berkuku dan mencengkam kuasa di sesuatu kawasan. Era menukar guru ini sering dilakukan oleh Umno Bahagian pada tahun-tahun 80-an. Ketiak itu PAS baru bangkit dengan kepimpinan Ulamanya.
Kini, usaha itu mahu diatur semula oleh Umno. Mempergunakan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyusahkan penentangnya. Umno kini lemas. Serabut perut nak hadapi kebangkitan rakyat. Mereka juga tahu, calon PAS yang baru diumumkan semalam, Normala Sudirman ada kekuatan untuk “membunuh” calon BN pada PRK kali ini.
Jabatan Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat “mengawal isterinya”. Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimana pun ditarik semula selepas beberapa bantahan, lapor Malaysiakini sekejap tadi.
“Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS,” kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun. Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab. “Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru). (Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media. Mereka kemudian tarik balik,” jelas Makrof.
Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti. Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.
Untuk perkembangan PRK Dun Tenang ini; layari;

http://n05tenang.pas.org.my/


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

5 responses »

  1. yusfar says:

    As salam…
    Dulu seingat saya, PAS pernah menyuarakan pendirian mereka untuk tidak mengambil wanita sebagai ahli politik mereka, malah berkali-kali bertegas wanita tidak boleh terlibat. Samalah juga dengan parti bukan ISLAM, PAS pernah berkata,tidak mahu bersetongkol dengan mereka.Tetapi,sekarang sebaliknya. Saya kira pendirian PAS ini berubah kerana keadaan semasa juga.Apa komen saudara ink?

    • inksensei says:

      W’salam.

      Seingat saudara? Sejauh mana yang sdr ingat tu? Dari tahun 1959 lagi PAS sudah meletakkan calon wanita untuk bertanding dalam pilihanraya kedua Persekutuan Tanah Melayu…

      Khadijah Mohd Sidek adalah calon pertama PAS memecahkan rekod, bukan saja sebagai wanita pertama yang jadi calon tetapi menang dan menjadi wakil rakyat. Dalam pertandingan tiga penjuru di Parlimen Dungun, beliau menang bergayaa menumpas lawan dari Perikatan, Mohd Adib Omar dengan majoriti 2,091 undi.

      Beliau memperolehi 6,249 undi berbanding lawannya, 4,158 undi. Seorang lagi calon, Wan Salleh Abdul Kadir mewakili Front Sosialis (SF) mendapat hanya 595 undi. Ini fakta, buka rekaan.

      Cuma sebab ia bukan sesuatu yang biasa berlaku, maka agaknya sebab tu sdr tak ingat (atau tak tau). “Berkali-kali bertegas?” Boleh sdr bagi buktinya di mana yang PAS berkali-kali bertegas tu?

      Saya harap sdr dapat baca artikel di bawah ni; baca betul2 dari mula sampai habis. Sekadar tambahan, ini bukan artikel baru, klu sdr faham apa signifikannya dgn soalan & kenyataan sdr.

      http://www.harakahonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=338

      Jgn hanya bergantung pd ingatan atau tanggapan yang tak semestinya betul. Sptimana yg pernah saya nasihatkan sebelum ni, baca dari sumber yg sah, jgn baca dari satu sumber shj.

      Berkenaan perkara kedua, PAS bekerjasama dgn parti bukan Islam melalui konsep tahaluf siyasi, berkongsi & bekerjasama mencapai matlamat yg sama, tanpa mnggadaikan prinsip2 sendiri terutamanya prinsip Islam. Rasanya saya sudah beritahu perkara yg sama sebelum ni.

      Dalam perkara yg membabitkan hukum yang telah ditetapkan dalam Al-Quran & sunnah, pasti tidak ada kompromi bagi PAS. Tapi dalam soal2 yg lain, tiada masalah utk berubah mengikut perkembangan semasa. Ini juga yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat r.a., & para khalifah yg adil.

      Wallahualam.

  2. yusfar says:

    Kalau tidak salah saya, saudara ink ini pun seorang guru kan?

    • inksensei says:

      Rsanya saya sudah beritahu sebelum ni. Setakat waktu saya menulis ni, ya, saya masih. Tapi insyaAllah bulan depan saya akan berhijrah.

  3. yusfar says:

    Berhijrah? Adakah berhijrah tempat ataupun berhijrah kerjaya? Apapun semoga hijrah itu membawa seribu kebaikan buat saudara. InsyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s