Artikel 1 dipetik dari http://muhdkamil.org/blog/

Tidak mengapa, dia masih budak.

Itulah topik kuliah bulanan saya di Masjid Bukit Siput semalam.

Saya nyatakan kepada pihak pengurusan masjid betapa saya berasa teruja kerana masih dibenarkan menyampaikan kuliah untuk tahun 2011.

Ia mempunyai dua makna yang besar, diberi keistimewaan berkemungkinan menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan keduanya beserta dengan tanggungjawab mengamalkan apa yang disampaikan kepada khalayak.

Alangkah hinanya saya di sisi Allah jika saya mengucapkan apa yang tidak saya amalkan.

Pertama, saya mulakan betapa anak merupakan anugerah Allah sebagaimana firman Allah melalui surah Asy-Syura ayat 49-50 yang bermaksud,

“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”

Jadi tidak usahlah rasa rendah diri jika kesemua anak yang dianugerah Allah itu perempuan. Ada orang yang berasa segan untuk menyatakan “kesemua anak saya perempuan”. Gaya sebutnya menggambarkan begitu!

Tidak pula berasa gundah-gulana jika ditakdirkan kita mandul. Malah saya nyatakan, jangan sekali-kali “pilih kasih” di antara anak-anak atas sifat jantina mereka. Ia amalan orang jahiliah!

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang tanggungjawab ibu-bapa. Bagaimanapun, saya memetik surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

Itulah tugas utama yang perlu dipikul. Bagaimana mahu melaksanakannya? Pastikan anak-anak melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bagaimana manual penjagaan anak?

Surah Al-Luqman merupakan surah yang terpenting tetapi saya memetik pesan Rasulullah [selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat] yang menyebut “ Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun”.

Akhirnya barulah saya menyebut betapa kita selalu “berlindung” dengan alasan “tidak mengapa, dia masih budak” di dalam membesar anak-anak. Misalnya, kita boleh memilih bagaimana pakaian anak ke sekolah sama ada berbaju kurung dan bertudung, berbaju kurung tidak bertudong atau memakai jenis “pinafore”.

Mungkin kita membuat pilihan supaya anak kita tidak bertudung atas alasan alahai… tidak mengapa dia masih budak.

Perasaan, “dia masih kecil” atau “dia masih budak” dan tidak perlu dipaksa dalam melaksanakan perintah Allah akan menyebabkan ia menjadi satu kebiasaan yang sukar dipulihkan. Bayangkanlah – dalam kebanyakan kes – pergerakan masa yang pantas menyebabkan kita tidak sedar yang anak-anak sudah dewasa.

Darjah 1, 2, 3… eh.. eh.. UPSR dan alih-alih mereka sudah berada di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, bekerja, berkahwin dan mempunyai pemikiran yang sudah menyimpang daripada apa yang ingin kita terapkan.

Malah mungkin kita mengambil pendekatan yang sama, menutup aurat ke sekolah tetapi tidak perlu apabila ke GIANT, juga dengan alasan “alahai, dia masih budak!”

Solat, berpuasa, menutup aurat dan segala suruhan dan tegahan Allah perlu dididik semenjak kecil. Saya fikir begitu. Ia peringatan kepada diri sendiri betapa anak-anak merupakan anugerah Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang tersangat sukar.

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami”.

Artikel 2 dipetik dari: http://duniacacamarba.blogspot.com/

Saya petik:

[SH] PENAMPILAN tiga beradik, Sharifah Adrianna, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya, di Anugerah Skrin, tempoh hari, menjadi bahan bualan di internet. Fesyen berkemban yang digayakan mereka dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan usia mereka yang masih muda.

Dan semestinya, sebagai ibu yang berimej Muslimah, Fatimah Abu Bakar atau popular dengan gelaran Cikgu Fathi, turut kena tempiasnya.

“Saya sangat marah apabila bercerita mengenai isu ini. Saya harap sangat masyarakat tidak menyebut lagi hal ini. Bagi saya banyak lagi isu yang lebih besar perlu mendapat perhatian umum, bukan isu remeh sebegini. Saya minta maaf,” kata Fatimah ketika dihubungi Sinar Harian.

P/s: Macam-macam perkara berlaku pada dunia akhir zaman ini. Saya tidak mahu komen apa-apa. Semua orang tahu keperluan menjaga aurat itu BUKAN perkara REMEH seperti yang dikatakan oleh si ibu. Hukum mendedahkan aurat pun banyak orang yang tahu walaupun ada juga yang tidak tahu.

Cuma apabila berlaku hal sebegini, timbul persoalan: Apakah tujuan si ibu menutup aurat? Adakah kerana tuntutan agama atau sekadar budaya? Banyak juga orang Melayu menutup aurat kerana menganggap itu budaya Melayu. Jika tujuannya menutup aurat kerana memenuhi tuntutan agama, cuba tanya, mengapa dia membiarkan anak-anaknya mendedahkan dada?

Lagi satu, jangan marah jika ada orang jantan yang meleleh air liur tengok anak dara sendiri kerana sesuatu yang normal berlaku pada lelaki apabila melihat “permandangan” yang begitu. Jangan pula menjegilkan mata ke arah kasanova tua yang melihat dada anak-anaknya, kerana bukankah dada yang didedahkan itu untuk tatapan umum?

______________________

Ink Sensei: Saya tidak bertujuan menayangkan artikel kedua untuk memfokus pada seorang individu individu, tapi untuk semua individu yang berfikiran sama. Soal aurat bukan soal remeh temeh, jadi didiklah anak-anak kita sementara mereka masih bersedia untuk dididik. Masa pastinya terus berjalan, mereka pastinya terus membesar samada kita peduli atau tidak dengan akhlak & Islam mereka.  InsyaAllah, fikirlah dengan iman.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s