Dipetik dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

BERITA 1 MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri! Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak “Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri”
Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan:

“Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,”

Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.
Sekali lagi “Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia”
Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum ‘hudud’ yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?
Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini? Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat! – Milosuam.blogspot.com
BERITA 2 Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.
Ini terbukti apabila beliau menyokong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan masyarakat Cina” berhubung keputusan mereka.
Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. “Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka… Itu (membentuk negara Islam) masih ada. “Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.
Baca lagi di sini & di sini.
InkSensei:
Agaknya kalau Rasulullah s.a.w masih hidup, apa yang akan dikatakan Baginda s.a.w tentang mereka ini?
Pemimpin itulah yang akan mula-mula dihisab. Bertaubatlah sementara masih diberi nafas!
Buat umat Islam di Tenang, buatlah pilihan dengan iman!
Untuk perkembangan PRK Dun Tenang ini; layari;

http://n05tenang.pas.org.my/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s