Untuk perkembangan terkini calon kita Cikgu Mala: http://cikgunormala.blogspot.com/

Petikan di bawah adalah daripada http://sanggahtoksago.blogspot.com/ & http://www.malaysiakini.com BN makin hilang arah: Normala dapat simpati generasi muda Tenang

Pelbagai pihak menjangkakan bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala, akan mendapat undi simpati yang banyak daripada generasi muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang, Johor 30 Januari ini, di samping generasi lama yang prihatin.
Ramalan ini lahir di tengah-tengah perang saraf pihak musuh politik PAS-Pakatan Rakyat yang mengandaikan kononnya calon Umno-BN akan dapat menang besar, kira-kira 5,000 undi majoriti atau lebih dalam PRK tersebut. Penamaan calon telah berlansung Sabtu lalu. Cikgu Normala akan menentang calon Umno-BN, Mohd Azhar Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Muhamad memberitahu saya bahawa setiap ceramah PAS di kawasan Felda Tenang, Felda Chempelak dan Chempelak Barat telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Katanya, kelihatan jelas generasi muda Felda memberi sokongan kepada calon PAS di mana ramai yang bertanya mengenai program PAS dan rancangan PAS/Pakatan Rakyat jika menang.
“Ini suatu petanda yang sangat baik dan ini membuktikan bahawa kawasan Felda bukan kubu terkuat Umno-BN seperti yang disangkakan ramai orang,” kata Dr. Mahfodz. Bagaimana pun, masih ada generasi lama yang memberi sokongan kepada calon PAS itu.
Menurutnya, kempen PAS juga mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat Cina dan India, di mana Cikgu Mala diberi sambutan hangat oleh mereka. Kempen KeADILan dan DAP hampir menyeluruh di kawasan Cina dan India.
Ada isyarat yang jelas di sini, kata Dr Mahfozd, bahawa generasi muda Felda dan kampung pedalaman di Tenang memberikan sokongan kepada calon PAS. Lebih-lebih lagi, katanya, Cikgu Mala adalah anak tempatan, tinggal di Labis, bukan di luar Labis seperti calon Umno-BN.
Cikgu Mala dan keluarganya dikenali ramai di Labis justeru beliau mengajar 12 tahun di Labis dan kenal benar dengan ibu bapa serta murid-murid di situ. Ketika beliau berkunjung ke sekolah tempat beliau mengajar selama ini untuk mengucapkan “selamat berpisah” dan urusan lain, ramai murid di situ yang kenalnya, bahkan bekas muridnya sendiri mencium tangannya dan menitiskan air mata.
Ini membayangkan bahawa beliau adalah guru yang amat disayangi oleh muridnya. Cikgu Mala sendiri sangat terharu dengan sambutan ini. Namun perjuangan tetap perjuangan dan misinya sebagai pendukung politik PAS-Pakatan Rakyat jauh lebih besar di depannya.
Kini Cikgu Mala berhati waja ini dengan tabah meredah segalanya. Beliau menjadi perhatian umum, khususnya pengnalisis politik dalam dan luar negeri bahawa seorang tokoh muslimat PAS mengambil sikap yang sungguh berani dan yakin untuk bertanding di Dun Tenang yang selama ini diuar-uarkan sebagai kubu kuat Umno.
Orang ramai memerhatikannya, gerak laku dan ucapannya diamati, jadual kempennya yang diatur oleh jentera penerangan PAS begitu padat sekali. Ribuan orang ditemui dan ramai mengerumunnya di mana saja beliau berada. Ternyata ada isyarat jelas bahawa generasi muda yang prihatin dengan masalah rakyat dan negara memberi sokongan kepadanya dan ini menyebabkan pihak Umno-BN sangat gelisah.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh PAS-Pakatan Rakyat menarik perhatian pengundi generasi muda, seperti isu kenaikkan harga barang yang benar-benar membebankan rakyat, isu rasuah yang sangat mengerikan, isu perkauman yang sangat merbahaya, isu pemborosan wang rakyat, salahguna kuasa, ketidak adilan dan pelbagai lagi.
Inilah isu-isu yang mendominasi kempen PAS-Pakatan Rakyat, di samping isu Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Daripada pengamatan saya, pertarungan PAS-Umno di Tenang ini sebenarnya lebih kepada pertarungan sikap dan pemikiran antara generasi lama yang kebanyakannya menyokong dan mewakili Umno-BN dengan generasi baru yang menyokong dan mewakili PAS-Pakatan Rakyat.
Generasi baru tidak bernostalgia kerana mereka tidak menempuh pengalaman masa lalu, tetapi mereka sangat peka dengan apa yang akan berlaku kepada negara sekarang jika begini keadaannya berterusan. Generasi baru sangat prihatin dengan harga barang yang melambung naik dan sangat menyusahkan rakyat, perlakuan rasuah – besar dan kecil – nepotisme, salah guna kuasa, ketidakadilan, diskriminasi, peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik dan segalanya.
Sementara itu bandar Tenang dengan stesyen keretapi tuanya, kini menjadi tumpuan. Ribuan orang telah berada di Labis untuk PRK ini di samping ribuan polis yang turut mengawal keselamatan. Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS-Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno-BN.
Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Cikgu Mala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS. Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengerti kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum, amat memukau.
Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya. Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS-Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam PRK Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.
Sumber > Shukor Harun

Everywhere Normala Sudirman goes, heads turn for a glimpse of the former teacher, fielded by PAS to take on BN giant Umno in the by-election for northern Johor’s Tenang seat. So mesmerising is the demure Normala that local villagers cannot stop taking pictures of her, even when she was eating meehoon during a walkabout in a Felda settlement several days ago.

There was no place she would not go to, and very little she will not do; even distributing Chinese New Year cards with a picture of her wearing a ‘halal’ cheongsam – loose fitting and with long sleeves, with her tudung. Among the few things she will not do is to shake the hands of the male constituents – something that has pricked the fancy of her BN opponents.

*Ink Sensei: As I said before, dari segi Islam & moralnya, Cikgu Normala telah memenangi PRK ini.


Klik lagi untuk berita:

Ini-dia-bukti-calon-umno. ada rekod buruk, 7 Febuari ini ke mahkamah!

Cikgu Mala terus menemui rakyat Labis walau dalam banjir

BN roboh gerai kerana bilik gerakan mereka!

Bukan-PAS-tapi-mahkamah-sahkan-calon-bn

umno-jadikan-warga-felda-Labis-sama-dgn orang Asli Galas

Untuk perkembangan terkini boleh ke blog http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. yusfar says:

    As salam..
    Melihatkan gaya cikgu Mala memberikan respon bagi setiap soalan yang diutarakan oleh wartawan, memang cikgu Mala sangat tenang dan bijak menjawab segala persoalan dengan teratur. Jawapan yang diberikan menggambarkan beliau memang seorang yang bijak dan sabar. Mudah-mudahan niat baik cikgu mala dirahmatiNya.Amin.

    • inksensei says:

      W’salam. Amin. Saya pasti tak kira apa yang berlaku selepas ini, Cikgu Mala akan terus meneruskan tugasnya memperjuangkan kepentingan Islam, melebihi kepentingan diri sendiri. Moga negara kita akan mempunyai lebih ramai muslimah seperti beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s