Bertenanglah Para Pejuang Islam Sekelian, Jika Kalian Ikhlas, Kalianlah Pemenang Sebenarnya di Sisi Allah

Salam.

Sewaktu saya sedang menulis tulisan ini, BN dalam kiraan tak rasminya telah memenangi PRK Tenang. Itu hakikat dari segi fakta & nombor. Kita tahu Tenang adalah kubu kuat BN, & mereka menggunakan segala jentera yang ada, termasuk dari kerajaan yang wang cukainya datang dari rakyat pelbagai parti. Kita juga tahu isu-isu yang tak selesai seperti ada kawasan-kawasan di mana petugas PR tidak dibenarkan masuk, diskriminasi dalam mengangkut pengundi yang dihalang oleh banjir oleh tentera, polis, & JPA, dll.

Personally, saya kagum dengan semangat & usaha Ckg. Mala & suami, para pimpinan, & juga petugas & penyokong PR, walaupun cuma melihat dari jauh. Dengan pelbagai isu yang mendedahkan kebuasan BN dalam menggunakan sebarang isu untuk kemenangan, termasuk hingga sanggup menghina Islam, sebenarnya mendedahkan lagi wajah sebenar BN yang sanggup bergelumang dengan fitnah & kekotoran untuk mendapat kuasa. Matlamat menghalalkan cara. Pun begitu, Ckg. Mala, PAS & PR terus melangkah dengan penuh kehormatan, & menghormati orang lain.

Menang atau kalah, susah atau senang, kita akan terus berjuang, kerana akhirnya yang kita harapkan ialah mardhotillah, keredhaan Allah. Jadi samada kita menang atau tidak dalam PRK ini, itu bukan soal utama bagi pejuang Islam yang ikhlas, & seperti yang saya telah katakan sebelum ini, dari segi Islam & moralnya, kitalah pemenang PRK ini.

Pun begitu, kita mesti terus bekerja untuk Islam, dengan apa jua cara yang terdaya, kerana ternyata masih ramai lagi rakyat yang tidak mengetahui akibat buruk menyokong kerajaan BN yang korup ini.

Baca lagi di;

Cikgu-Mala-terima-kekalahan-dan-redha

BN-menang-tapi-gagal-capai-majoriti

Tulisan di bawah dipetik dari http://www.harakahdaily.net/v2/ & http://biaqpila.blogspot.com/ (dengan sedikit editing)

Di mana Cikgu Mala dapat kekuatan
abuhikam

“Pilihan raya adalah buah demokrasi yang dipaksakan ke atas kita. Dalam perjuangan yang mulia ini, kita harus mengharunginya dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Kadang-kadang kita menjadi sesak nafas, lemas, kecewa dan putus asa apabila terpaksa berhadapan dengan kejahatan manusia-manusia yang kejam, tidak beriman dan tidak beraqidah dalam perlawanan ini.

Sama ada bersetuju atau tidak, suka atau tidak kita terpaksa mengheret kaki dalam meneruskan perjuangan demi mencari redha Allah, demi mencari syurga Allah yang hanya ditawarkan kepada Ansarullah sahaja.

Tenang menyaksikan satu lagi perlawanan yang tidak pernah berlaku adil kepada mana-mana perjuangan berfaham keadilan atau kebenaran.

Mereka yang memegang kekuasaan, dengan segala yang ada, terus menekan dan menekan pihak lawan yang sah dengan cara yang tidak sah dan sangat tidak manusiawi.

Segala senjata berat dan ringan dihamburkan tanpa ampun. Fitnah membabi buta, rasuah yang jijik, ugutan tanpa batas, perlecehan immoral dan penghinaan agama. Bererti penghinaan kepada tuhan.

Maududi pernah mengungkapkan bahawa tujuan yang paling utama Islam menawarkan calonnya dalam perlawanan pilihanraya adalah untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dengan memberi peluang kepada ummah untuk memilih calon yang berjuang demi aqidah Islamnya.

Justeru seluruh ummah Islam di Tenang sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana seorang cikgu yang solehah sanggup berkorban untuk memenuhi tanggungjawab yang sangat berat ini.

Di manakah Cikgu Mala ini memperoleh kekuatan yang luar biasa ini. Kekuatan untuk menyahut cabaran yang sangat getir ini. Walhal, alangkah indahnya hidup sebagai suri rumah yang biasa di samping suami dan anak-anak tercinta.

Cikgu Mala. Anda adalah di antara pilihan Tuhan untuk menyelamatkan aqidah ummat di Tenang, malah di Malaysia. Fahamilah perkara ini dengan saksama.

Anda mengingatkan kita kepada Zainab al Ghazali.

Mengingatkan kita kepada pemerintahan empat orang ratu yang memerintah Aceh selama enam puluh tahun (1641-1699) yakni Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiatuddin, Ratu Zakiatuddin dan Ratu Kamalat Shah.

Sedangkan ulamak terbilang saat itu tidak membantahnya, seperti Nuruddin Ar Raniri, Abd.Rauf Fansuri, Jalaluddin Althursani.

Ratu Hijau di Patani, Raziatuddin di kerajaan Mamluk India dan Shajaratuddin di Mesir.

Cikgu Mala. Terima kasih kerana mengambil amanah berat ini. Ingatlah pesan Hamka dalam Tafsir Azhar “Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam”.

Wasalam.”

Untuk mereka yang telah mengundi BN, saya persilakan baca 2 artikel di bawah, moga mendapat sesuatu.

Buat pengundi DUN Tenang yang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;

1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.

2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.

3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.

4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.

dunbpayong

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s