Video akan terus diupdate insyaAllah, sila browse di bawah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta para pembaca blog yang budiman untuk mengambil masa 1 minit dari masa tuan puan sekarang untuk berdoa untuk keselamatan para pejuang Islam di Mesir, juga kepada rakyat Malaysia khususnya para pelajar kita. Bismillah…

Salam.

Selain seorang diktator yang kejam & menekan rakyatnya, Hosni Mubarak adalah salah seorang pemimpin Arab yang bersekongkol secara terang-terangan dengan Zionist laknatullah & Amerika. Dia & Raja Jordan memberikan lampu hijau, bersalam dengan menteri pertahanan si Livny untuk menyerang Gaza pada 2008 dalam operasi Cast Lead oleh Zionist laknatullah itu.

Kerajaannya jugalah yang telah menyekat sempadan Rafah untuk dimasuki oleh pembawa bantuan kemanusiaan sehingga ada makanan-makanan yang dibawa oleh lori-lori bantuan yang tersekat itu rosak begitu sahaja, sedangkan rakyat Gaza yang sudah sedia menderita terus derita dalam keadaan diserang Zionist itu. Terowong-terowong penyambung hayat rakyat Gaza pula disekat dengan sebegitu keji.

Pesakit-pesakit yang dibawa ke hospital di Mesir ditangkap, disiksa, disoalsiasat untuk menangkap anggota-anggota Hamas. Di Mesir sendiri, tidak terkira jumlah ahli gerakan Islam yang telah ditangkap & dipenjarakan. Ternyata Hosni mewarisi kediktatoran sekular dari pemerintah-pemerintah sebelumnya.

Aura kejayaan kebangkitan Islam & rakyat di Tunisia, merebak ke Mesir, lalu rakyat menggunakan peluang ini untuk mendesak & mahu supaya Hosni turun & berundur dari menjadi Presiden Mesir. Mubarak gerun dengan sesuatu yang mungkin tidak disangkakannya, tapi dia terus berdolak dalih memekakkan telinga pada hasrat rakyat yang sebenar, iaitu mahu dia berundur. Tindakan kejam & militer terhadap demonstrators terus dilakukan. Tidak tahu apa kesudahannya di Mesir, tapi saya pasti, anggota-anggota gerakan Islam di seluruh dunia mendoakan kejayaan kebangkitan rakyat ini.

Allahuakbar!

Bacaan berkaitan: Dipetik dari http://harakahdaily.net/v2/

Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.  “Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang. “Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri,” kata Abdul Hadi. Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan. Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan. “Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini. “PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil,” katanya. Katanya, dunia khususnya OIC dan PBB didesak supaya memberikan tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak dan kerajaannya yang telah melanggar hak asasi manusia apabila telah menyebabkan kecederaan kepada lebih seribu rakyat Mesir yang berhimpun dan juga lapan daripadanya yang terkorban. “Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir,” katanya. Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini. Apabila pemerintah mencabul amalan demokrasi, menyeleweng kewangan negara dan bersifat zalim terhadap rakyat, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi. Maka pemerintahan BN, katanya, perlu segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata. “Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian berlaku di negara ini. Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri,” katanya. 

Bacaan berkaitan:

PAS-pkr-dan-71-ngo-demo-bantah-Mesir

Ikuti perkembangan Mesir di sini; http://satuumat.blogspot.com/search/label/Info%20MESIR

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

7 responses »

  1. yusfar says:

    30 tahun si hosni mubarak tu teraju negaranya..Memangla rakyat Mesir sudah lama pendam krasa tidak puas hati dan ditindas. Janganlah pula di samakan pula keadaan di sana dengan Malaysia.Saya rasa tidak sama langsung. Kurang2 kita diberi hak untuk memilih pucuk pimpinan kita. Kita yang pilih BN, jadi terimalah habuannya. Perdana Menteri kita pun bertukar..bukannya sampai 30 tahun org yg sama pegang. Kita tidak bersetongkol dengan israel. Janganlah hendak diapi2kan org Malaysia untuk jadi seperti di Mesir tu. Saya tidak rasa Najib akan lama jadi PM ni.Bersyukurlah sekurang2nya, negara kita tidak seperti di Mesir itu. Saya mendoakan supaya rakyat Malaysia tidak akan melakukan perkara2 yg sia-sia dan merugikan semua pihak…Amin.

    • inksensei says:

      Itu apa yg saudara rasa. Mereka yg mengatakan tentang persamaan itu bukan bercakap berdasarkan rasa. Sebenarnya terlalu banyak persamaannya & ada byk fakta2 yg menyokong kenyataan2 tsb. Kita mungkin diberi pilihan, tapi masih berada dalam sistem yg tidak adil & berat sebelah. Contoh pling mudah, media yang dikawal kerajaan, walaupun rakyat dari pelbagai parti yg membayar cukai, tapi media hanya menonjolkan laporan berat sebelah & tidak telus. Dari sistem kehakiman, kebebasan media, rasuah, Malaysia memang terkenal dengan penyelewengan. Malah, polis Malaysia juga melayan rakyatnya yg membuat demonstrasi aman menyokong kekebasan rakyat Mesir juga dilayan dengan kejam oleh Polis Raja di Malaysia;

      http://sanggahtoksago.blogspot.com/2011/02/polis-jordan-lebih-profesional-dari.html

      Benar, tidak ada org yg sama memegang pemerintahan. Mahathir pegang sampai 20 tahun. Najib baru lagi, tapi ketamakan kuasanya & isteri sudah jelas kelihatan. Walaupun bertukar pemimpin, tidak ada yg berubah dari BN, dasarnya tetap sama, menekan rakyat & mementingkan kroni. Maaf, saya tidak setuju klu sdr katakan kita yg pilih BN, saya & sahabat2 saya tidak pernah menyokong parti korup itu. Cakapla pada mereka yg mengundi BN, jgn libatkan kami.

      Tentang kita tidak bersekongkol dgn Israel tu, terlalu byk insiden tentang perkara itu. Tapi tak usahla kita bercakap tentang insiden lama, bacala artikel ini;

      https://inksensei.wordpress.com/2010/12/18/panas-dokumen-perjanjian-apco-bn-didedahkan-kepada-rakyat/

      Apa yg berlaku di Mesir itu bukan perkara yg sia-sia. Kerajaan yg zalim & menyeleweng memang tidak dibenarkan dalam Islam. Menjadi kewajipan rakyat yg beriman utk menentangnya dgn apa saja kekuatan yg mereka ada. Jika melalui demonstrasi aman itu caranya, maka itulah yg mesti dilakukan. Seperti satu hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Jihad paling besar ialah berkata benar kepada pemimpin yg zalim.” Syeikh Yusuf Qaradawi (ulama yg menjadi rujukan umat Islam, juga yg menerima anugerah maulidur rasul dari kerajaan Malaysia sendiri menyatakan sesiapa yg terkorban dlm demonstrasi menentang rejim Husni Mubarak, maka mereka mati syahid.

      Jgn begitu mudah meletakkan sesuatu perkara itu sia-sia. Saya melihat sdr bayak melihat dari luar konteks & kurang mendapat maklumat. Untuk memahami sesuatu, sdr mestilah mendapatkan maklumat yg soheh terlebih dahulu. Seperti yg pernah saya katakan, jgn hanya membaca dari satu pihak semata-mata. Jgn mengatakan sesuatu berdasarkan rasa semata-mata. Biarlah satu pertimbangan itu dgn ilmu & maklumat yg betul.

      Ambil ini sebagai iktibar, Islam sering digambarkan sebagai agama keganasan di barat oleh media masanya. Akan tetapi, bagi mereka yang mendapatkan maklumat yg betul, mempelajari Al-Quran, mereka akan mengetahui kebenarannya. Sebab itulah Islam berkembang dengan kepesatan yg amat tinggi sekali di barat pada waktu ini. Jgn pula kita di Malaysia ini yg berpaling ke belakang, meletakkan Islam & mereka yg mendaulatkan Islam itu sebagai pengganas & pemecahbelah masyarakat, walhal merekalah yg mengajar manusia bahawa Islam itu membawa keadilan untuk semua.

      Berkatalah benar sekalipun pahit. Wallahualam.

  2. yusfar says:

    Saudara percaya tak kalau saya katakan, apa yang berlaku pada diri kita ini berpunca dari kesilapan kita jugak? Saya ada rakan yang berdakwah mcm saudara juga, pada orang lain, tetapi dirinya sendiri melakukan dosa dan maksiat. Maaflah, tapi saya kurang hormat org sebegitu yang tidak menunjukkan contoh yang baik, tetapi bercakap bab halal haram dengan orang lain. Yang menggunakan gelaran Ustaz, yang mana sebenarnya mencemarkn panggilan itu sendiri, tapi diam-diam, melakukan dosa maksiat. Hilang terus rasa hormat saya pada orang sebegitu.Lepas itu, apabila terjadi musibah pada dirinya, mulalah hendak mencari kesilapan orang lain dan disalahkannya pada orang itu, sedangkan dia terlupa, mungkin Tuhan nak dia renung balik kesilapan yang dia dah lakukan. Saya kira memang tidak adil.Apa pendapat saudara?

    • inksensei says:

      Ya, saya setuju bahawa kadang2 ujian & musibah yg berlaku pd kita berpunca dri kesilapan kita sendiri. Mungkin ia sebagai kifarah atas dosa-dosa lalu yg dilakukan, atau mngkin ia adalah ujian utk Allah menguji sejauh mana keimanan seseorang itu. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3:

      “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

      Mungkin ada sedikit golongan ustaz yg sebegitu, tapi bukan semua. Jika kita boleh mengubah mereka kepada yg lebih baik, kita usaha, atau sekurang2nya, kita doakan mereka. Saya setuju, bukan semua ustaz itu benar2 menjalankan peranannya. Ada ustaz yang sekadar bekerja sebagai ustaz, tapi habis waktu pejabat atau waktu persekolahan, mereka sama saja macam org biasa, bahkan kdg lebih teruk lagi. Saya biasa memanggil golongan ini sebagai “Ustaz Office Hour.” Mungkin sebagai teguran kepada mereka2 ini, saya akan menulis mengenainya pada masa akan dtg.

      Pun begitu, saya tidak suka bercakap tentang org yg tidak saya kenal, saya sendiripun byk melakukan kesilapan. Dalam Islam, apabila berkaitan perkara yg melibatkan akhirat, maka kita disuruh melihat pada org yg lebih baik dari kita. Sebagai contoh, seorang perempuan yg tak memakai tudung, dia tak sepatutnya mengatakan “ala, org pakai tudung pun bukan baik sgt, buat jahat juga.” Ini salah, sbb dalam hal ukhrawi kita sepatutnya mengambil contoh dari org yg lebih baik dari kita, barulah kita jadi org yg lebih baik juga.

      Manakala, dalam hal berkaitan duniawi, kita sepatutnya melihat kepada org yg kurang daripada kita, oleh itu, kita tidak akan merasa tamak atau tidak cukup. Sebaliknya, kita akan merasa nikmat bersyukur atas apa yg kita ada. Pun begitu, jgn salah fhm. Islam tidak pernah menghalang umatnya mengejar kakayaan dunia, asalkan dgn cara yg betul & tidak menjauhkannya dari mengejar akhirat. Org yg bijak akan menggunakan dunianya untuk bekalan di akhirat. Itu yg diajar oleh orang yg paling menyayangi kita; Rasulullah s.a.w.

      Apapun, maafkan saya jika jawapan saya kurang memuaskan. Saya bukanlah seorang pendakwah seperti yg sdr katakan. Saya sendiri pernah byk melakukan kesilapan. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya & saudara. Amin. ya Robbil alamin.

      • Palembang says:

        assalamualikum,
        biarlah saya jelaskan di sini….”imam Shafie R.A..menyatakan di dalam pengajran ilmu fiqihnya, jika berdehem dalam solat walaupun 2 huruf, maka hukumnye batal krana itu adalah di kira kalam yakni berkata2 dalam solat, walaupun tanpa makna yg difahami, manakala imam ghazali pula menyatakan lebih dari itu “Kalam itu bermaksud perbicaraan,iaitu apabila hatinya berkata-kata spt: ” eeleh dia ni macam nak tunjuk pandai pulak dgn aku…juga di kira mengumpat saudaranya di dalam hati kerana kalam itu dalam ilmu tauhid terbahagi 2,1- Qadim dan satu lagi Makhluk…maka dalam kes mengumpat tadi ianya tetap dikatakan kalam walaupun di dalam hati maka dipanggil “Khadiq” iaitu perkataan yang kotor dan jahat yang ditujukan kepada saudaranya walaupun tidak menggunakan lidahnya, bergitulah halusnye, dan tidak ada ulamak hadis yang lebih terulung sehingga mendapat gelaran amirul mukminin fil hadis kerana tiada seorang pun sebelum atau selepasnya memiliki anugerah spt itu, iaitu “Al-Imam Ibnu Hajar Asqalani” kerana kehebatan dan kehalusanya dalam menghalusi setiap hadis-hsdis walaupun dr sanatnya sesuatu hadis itu adalah sahih namun dari segi pandangan matanye ada hilal ada penilaian kelemahan ada penyakitnya, bergitulah beliau dalam menghalusi hadis, tetapi beliau yg mensyarahkan kitab imam Bukhari yg dikanlai sbg :”Faatul Baari” dalam mazhab Imam Shafiee, begitu hebatnya beliau lebih dr imam shafie namun beliau tidak pula mengujudkan satu lagi mazhab baru, maka apabila sahabat bertanya kepada imam ahmad bin Hambali, berapa banyakkah hadis yg perlu dihafal untuk syarat menjadi Ulamak Mujtahidin? iaitu 400,000 itu adalah permulaan…manakala Al-imam mu-Nawawi telah mengarang beberapa buah kitab, meninggal ketika usia 40 tahun yg juga amat dikagumi sebagai mencapai syarat ualamk mujtahidin….tidak termasuk syarat-syarat asas untuk menyampaikan hadis dikalnagan umum walaupun utk niat menegur..sekurang2nya mereka perlulah tidak pernah meninggalkan sembahyang, tidak pernah melakukan dosa2 besar dan kecil,.sentiasa bertaubat setiap hari ….begitulah keadaannya…perbahruilah kita bersama2 muhasabah diri sebelum menghukum seseoarang lebih2 lagi saudaranya sendiri walaupun dgn firman dan hadis…krn kelak jika cakap tak serupa bikin akan mengundang bala pada diri sendiri dan umat seluruhnya…jika semua itu sekadar utk menutup kelemahan diri sendiri….
        Wasssalam…

      • Palembang says:

        Assalamaualikum uat inksesei….

        Sahabatku………….ingatlah…..segala nukilan saudara bolehlah dirujuk melalui pernyataan di bawah buat kita muhasabah yg sebenar-benarnya….sesungguhnya tulisan saudara kekal sifatnya….adakah saudaraku sanggup bertanggungjawab dan pasti Allah telah benar-benar redha atas penulisan-penulisan saudara selama ini…..bacalah………..

        Adakalanya satu perkataan itu mempunyai makna yg berbeza. Kerana bersangkutan dgn keadaan yg berbeza.. Jadi kita kena lapang dada. Masalah tasauf tariqah tidak boleh sama dgn masalah fiqih kita tidak boleh samakan dgn masalh tauhid atau aqidah, kerana masing2 tu mempunyai istilah2 dan pemahaman2 yg berbeza.
        Dan kadangkala perkara itu baik di sisi sebahagian orang tetapi tak baik dari sebahagian orang lain.
        Sebagaimana kata2 ulamak yg masyhur “ Hasanatul abrar, sai-yiaa tul muqarrabin” maknanya iaitu kebaikan orang2 yg abrar iaitu kebaikan org2 awam, masih lagi kejahatan disisi muqar-rabiin.( iaitu org 2 yg hampir kepada allah taala) jikalau org yg zahir dia dah sembahyang 5 waktu dah cukup, puasa tak tinggal, pakai Jilbab, pakai songkok, pakai jubah, sembahyang jumaat tak tinggal, haji, menutup aurat, tak berzina, tak mencuri, tak minum arak tak bunuh, tak membohong, tak ambil harta orang, hafal hadis, semua dah cukup dah..ape yg jahat lagi austaz…? Maka dijwab oleh org muqarrabin…periksalah hati awak dulu macamana….?awak buat semua tu jadi rasanya sudahkah baik amalanmu ?
        Ooo..saya rasa saya dah bagus…!!!..aaaa itulah awak dah ujub!!!!
        Awak dah rasa diri awak bagus…itu ada sifat kibar ( Takabur ) pada dirinya…Bukanlah artinya zahir itu baik…sudah baik segala-galanya. Bagi org muqarrabin masih dipersoalkan lagi…
        Contoh lain: seorang yg lulusan doctor, dalam Tesis nya sbg doctor, bahgian anabatat fhil-Quraan- ( Tumbuhan di dalam quraan ) dah buat Tesis…lulus dah…Munaqasah dapat Sharaf..Darjaulah…mumtaz..maka dia pun balik lah ke tanah airnya…maka ramailah org memanggil Doktor…kelulusan Al-Azhar…wahh ..hebat…masalahnya sekarang org nertanya maslah Fiqih…tapi org dah panggil doctor..austaz lagi..pensyarah universiti lagiii….mana org tau Tesisnya Tumbuhan2 dalam Quraan….Tak jawab malu…nk kena jawab..jawab tak tau…maka hantam sajalah…Feeeil..Qaulaaani…bergitu jugalah jika dia mahir dalam fiqih, Syariaah…tapi dalam bahagian Tauhid Usuluddin Aqidah , Fardhu Ain taulah, sifat 20 taulah…tetapi apabila di Tanya dalam2..dia pun tercengang –cengang…..Sabda nabi maksudnya : “apabila disandarkan sesuatu urusan kepada yg bukan ahlinya…maka tunggulah kiamat” jadi maksud kiamat itu kehancuran, kebinasaan….

        Fikir itu pelita hati….

        semuga saudaraku berjaya di dunia dan diakhirat…telitilah setiap amalmu…

      • inksensei says:

        W’salam. Jujurnya saya rasa sdr memberi komen utk posting yg salah. Anyway, thank you for the very long writing. Saya akui tulisan saya & saya sendiri mmg banyak kelemahan, saya akui perkara itu. Saya bukan ustaz atau penulis profesional, mmg banyak kelemahan. Kalau ada manfaatnya, sama2 kita ambil, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s