Salam.

Sewaktu saya sedang menulis tulisan ni, saya telah pun melakukan hijrah yang besar dalam hidup, melibatkan perubahan negeri & karier. Ia bukanlah sesuatu yang dirancang, sekurang-kurangnya tidak dalam 3-4 tahun lagi, tapi untuk menyelesaikan beberapa masalah yang menuntut saya berhijrah, ia telah dilakukan.

Saya kini telah kembali ke negeri kelahiran saya, dan memulakan karier baru sebagai seorang pensyarah. Pastinya ia akan mempunyai kesan yang besar kepada hidup saya & keluarga. Saya mahu mengambil peluang ini untuk melakukan apa yang boleh kepada kedua ummi ayah, juga kepada anak saya Muhammad Wafiy. Dan pada masa yang sama, saya harap dapat meneruskan tanggungjawab sebagai seorang muslim di dalam jemaah yang ingin meletakkan Islam di tempat yang tertinggi, dengan apa yang saya mampu. Pastinya saya masih lagi dalam fasa perubahan dalam usaha mengatasi kelemahan saya yang terlalu banyak ini, dan saya mohon daripada Allah untuk diberikan kekuatan, & doa dari ayah ummi & sahabat-sahabat pastinya banyak membantu.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk meninggalkan tanggungjawab & perjuangan bersama-sama sahabat-sahabat, samada sebelum ini di Sabah, atau di Penang, tapi pertemuan, perpisahan, hijrah itu adalah sebahagian daripada  kehidupan & yang lebih penting dari itu ialah perjuangan harus diteruskan, walau di mana bumi itu dipijak. Jujurnya, saya menganggap saya masih lagi dalam perjalanan. Saya tidak tahu lagi kemana saya selepas ini, atau di mana pengakhiran saya. Apapun saya mengharapkan pengakhiran hidup saya adalah sesuatu yang bernilai di sisi Allah pada Hari Pengadilan nanti.

Saya masih lagi dalam proses mengadaptasi dengan kehidupan & tempat yang baru. Mungkin memerlukan sedikit masa untuk bergerak aktif dalam dunia virtual & realiti kembali, but insyaAllah, I’ll be around eventually.

Moga Allah memberi kita kekuatan. Moga hari ini & esok lebih baik dari semalam. Moga hidup ini akan bermanfaat untuk akhirat sana.

Amin. Ya Robbil alamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

5 responses »

  1. ukhti zulaikha says:

    salam…alhamdulillah,,nmpk nya sir da jd pensyarah…pensyarah d mn sir?wafiy sihat kaa??🙂

  2. wafiy da skolah ka sir??..lama x jmp dia mgkn xkan jmp juga..🙂 ..harap sir && fmely sentiasa d bwh plindungan Allah.

    • inksensei says:

      Patut skolah tahun ni, tapi atas sbb2 tertentu, ditangguhkan tadikanya ke thn depan. Terimakasih atas doa. Same to u =)

  3. 0hh..ok🙂 sampaikan salam saya untuk wafiy :)) … tc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s