Salam.

Syukur alhamdulillah. Berita melaporkan diktator Mubarak telah berundur,  meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh, tempat yang sering dikunjunginya sebelum itu, di mana beliau mempunyai sebuah istana di situ.

Pengumuman itu disambut dengan gembira oleh rakyat Mesir, yang telah lama hidup di bawah pemerintahan kuku besi yang menekan & menindas mereka, terutamanya para pendokong Islam termasuklah di Palestin.

Pun begitu, seorang pegawai kanan pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, menyuarakan kebimbangan dengan tindakan tentera Mesir mengambil alih pemerintahan dengan merampas kuasa.

“Ia nampaknya satu rampasan kuasa tentera. Saya bimbang. Masalahnya bukan presiden tetapi rejim yang memerintah,” kata Essam al-Erian

Benar, Mubarak hanyalah ikon daripada rejim yang memerintah. Rejim yang telah menjadi penjilat untuk Amerika & Israel Zionist. Sebagai boneka Amerika, dia sememangnya telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Pengundurannya juga tanpa sebarang hukuman terhadap segala kesalahan & jenayahnya, khususnya kepada umat Islam.

Pada masa ini, Mubarak mungkin sedang bersenang-lenang dengan keluarganya di istananya di Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Perletakan jawatan itu cuma akan menyekat sedikit kebebasannya (di Mesir), di samping menyekat peluangnya untuk mengaut lebih banyak harta rakyat, tapi harta yang telah dikumpulkannya sendiri sudah cukup banyak.Tapi Islam mengajar umatnya bahawa dunia itu cuma sementara. Seandainya Mubarak tidak bertaubat, pastinya dia akan dihukum dengan setimpal oleh Allah Yang Maha Besar di hari pembalasan nanti. Masanya pasti akan tiba Mubarak…

Rakyat Mesir telah mengorbankan harta & nyawa mereka demi menjatuhkan diktator yang zalim ini. Tapi ini cuma permulaan. Mubarak mungkin tiada tapi rejimnya masih ada. Amerika & Zionis pula pasti tidak akan membiarkan saja apa yang berlaku. Pelbagai kemungkinan akan berlaku. Tidak mustahil yang menggantinya ini lebih teruk daripada Mubarak, atau rakyat Mesir akan dipecahbelahkan.

Apapun, rakyat Mesir mesti terus bersatu & tidak leka. Ikhwan Muslimin pastinya adalah yang terbaik untuk memimpin Mesir sebagaimana Islam yang menjadi tunggak perjuangan mereka adalah jaminan yang terbaik untuk keadilan kepada umat manusia Mesir, tidak kira samada mereka muslims, atau kristian dll.

Gerakan Islam ini pasti akan terus diganggu & diperangi oleh Amerika & sekutunya, sepertimana yang telah diberitahu oleh Allah bahawa mereka sekali-kali tidak akan redha, selagi kita tidak mengikuti mereka.

Perjuangan di antara yang haq & batil ini akan berterusan di mana-mana pun pelusuk dunia ini, tapi keputusannya di akhirat tetap 2 sahaja. Samada kamu dengan Islam & kebenaran, atau kamu pilihlah kebatilan, tak kiralah apa versi atau nama yang kamu beri; kebangsaan, nasionalis, sekular, liberal, dll.

Syabas rakyat Mesir, tapi ini cuma permulaan. Cabaran sebenar baru bermula. Sepertimana kata pemimpin pertama Ikhwanul Muslimin As-syahid Hassan al-Banna, tegakkan Islam di dalam diri kamu, & Islam akan tertegak di negara kamu.

Teruslah berjuang demi Islam yang adil kepada seluruh manusia, insyaAllah.

Allahuakbar!

Lagi artikel berkaitan:

http://ustaznaim.blogspot.com/Rejim-yang-zalim-mesti-ditukar

Dah-penat-berdemo-anak-muda-Mesir-cuci jalan

http://islamreturn.blogspot.com/Tahniah-rakyat-Mesir-peringatan-ulama muda umno

Salam.

Syukur alhamdulillah. The news reported that Mubarak the dictator has stepped down, resigned his post & told the military to manage the country, as announced by vice preseident Omar Suleiman.

That brief statement on the national television station was made a day after Mubarak firmly stated that he won’t give up his post.

Before that the president & his family was reported to leave the president palace at the capital & went to the Sharm el-Sheihh Red Sea Resort, a place that he often visited before, where he has a palace there.

The announcement was joyfully celebrated by the Egyptians, who have been living under the cruel administration for far too long in which it has suppressed & tortured them, especially those who have supported Islam, including those in Palestine.

Still, a main officer of Egypt major oposition, the  Ikhwanul Muslimin has voiced his worry on the Egypt Army taking over of the administration through the overruling of power.

Essam al-Erian said,”It looks like an overulling by the army. I’m worried. The problem is not the president, but the regime that rules.”

That is true, as Mubarak is just an icon of the ruling regime. A regime that has being a sucker to America & Zionist Israel. As the America’s puppet, he has done his job splendidly. His stepping down is also without any sentence for his sins & crimes, especially those done to the muslims.

At the moment, Mubarak is probably enjoying himself with his family at  Sharm el-Sheihh Red Sea Resort.

The resignation will  just limit a bit of his freedom (in Egypt), apart from stopping his chances of taking more of the peoples wealth, yet the wealth that he has gained has being more than too much. Yet, Islam teaches its ummah that this world is just temporary. If Mubarak doesn’t repents, he will surely punished justly by Allah The Almighty on the judgement day later. The time will surely come Mubarak…

The Egyptians have sacrificed their lives & properties in this struggle to throw the cruel dictator down. But this is just the beginning. Mubarak may not be there but the regime is still is. America & the zionist on the other hand will surely won’t ignore this matter. Various possibilities may turn out. It’s not impossible that the the replacer may be a worse person than Mubarak, or, the Egyptians will be divided by them.

Come what may, the Egyptians must unite & shouldn’t get carried away. Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) definitely is the best to lead Egypt as Islam which is the base of their struggle is the best guarantee for justice to the humanity in Egypt, regardless of whether they are muslims, christians, etc.

This Islamic movement will surely disturbed & attacked by America & its alliances,  as Allah has told us that they will never approve, as long as we don’t follow their way.

The collision between truth & false will continue to go on in every corner of the world, but the verdicts in the hereafter are only 2. It’s either you are with Islam & the truth, or you can choose any version of falsehood with whatever version or name you can think of; nationalism, nasionalist, secular, liberal, etc.

Well done the people of Egypt, but this is just the beginning. The true challenges have just begun. As the first leader of Ikhwanul Muslimin As-Syahid Hassan al-Banna said, rise Islam within you, & Islam will rise in your country.

Keep on struggling for Islam that comes with fairness to the whole mankind, insyaAllah.

Allahuakbar!

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s