Jumaat kelmarin, saya bersama ayah solat Jumaat di Masjid Sura Lama. Alhamdulillah, khatib yang berkhutbah adalah seorang yang sangat dihormati; YB Ustaz Wan Hassan.

Antara lain, beliau mengingatkan tentang perjuangan Rasulullah s.a.w. yang mementingkan kepentingan Islam melebihi segala yang lain, tentang betapa hari ini ulama yang memperjuangkan Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w telah dihina & ditegur oleh mereka yang jahil, yang juga menunjukkan betapa dunia hari ini banyak yang telah meletakkan orang jahil sebagai pemimpin, lalu pemimpin-pemimpin ini dengan beraninya menegur mereka-mereka yang lebih berilmu, yang telah menjelaskan lagi kejahilan mereka, seperti mana yang telah berlaku kepada Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat. Boleh baca mengenainya di sini, sini, sini, & sini.

Yang paling diingati adalah tentang isu tema program maulidurasul kali ini, termasuklah program Maal Hijrah iaitu “1 Malaysia, 1 ummah.”  1 Malaysia merujuk kepada 1 tema yang juga propaganda yang merujuk kepada fahaman kebangsaan atau nasionalis yang berkisar kepada penyatuan pelbagai kaum di Malysia termasuklah Melayu, Cina, India, dll. di dalam gagasan 1 Malaysia. Ia dengan jelas adalah sebuah gagasan yang bersifat kebangsaan yang merujuk kepada wujudnya sifat sebuah negara bangsa. Denagn kata lain, ia bersifat bangsa, atau asobiyah yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama yang pelbagai. Selain daripada Islam, Budha, Hindu, Kristian dll. juga termasuk dalam gagasan 1 Malaysia ini.

1 ummah pula merujuk kepada ummat Islam yang berpaksikan akidah yang satu & jelas, beriman kepada Allah & Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w., secara khususnya, ummat Islam yang tidak hanya merangkumi mereka yang berada di Malaysia, malahan mereka yang berada di seluruh dunia, samada dari masa lalu, sekarang & akan datang, yang bersatu di bawah akidah Islam yang sama.

Lalu, bagaimana mungkin sesuatu yang bersifat sekular & asobiyah secara jelasnya, yang digabungkan brsama agama-agama lain,  digabungkan dengan kedudukan yang sangat istimewa di dalam Islam, iaitu menjadi ummat Islam, ummat Nabi Muhammad s.a.w? Di mana titik pertemuannya? Saya tidak perlu mengaitkan 1 Malaysia itu dengan APCO, rasanya telah banyak tulisan tentang itu di laman maya. Adalah menjadi fakta bahawa tema  ini ternyata jelas menyimpang dan ia dimomokkan semata-mata untuk memenuhi kehendak pilitik sempit sang pemerintah yang cuba mengaitkan segala yang positif dengan gagasan 1 Malaysia yang bersifat kebangsaan itu.

Bukankah Rasulullah s.a.w. yang mulia lagi benar itu pernah menyatakan, “Laisa minna man da’a ila asobiyah…” yang bermaksud; “Bukan dari golongan kami orang yang menyeru kepada asobiyah, orang yang berperang kerana asobiyah serta orang yang mati kerana asobiyah.”

-Hadith riwayat Abu Daud

Allah juga telah berfirman;

3:103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Cukup hebat & cantik sudah pernyataan 1 ummah itu sebagaimana Allah menyatukan kita di bawah satu tali pegangan iaitu Islam yang telah menyatukan manusia tidak mengira bangsa, kaum, darjat, atau jantina. Kenapa pernyataan yang sudah jelas dinyatakan oleh Allah itu dicemarkan  dengan 1 slogan bersifat kebangsaan yang hanya membawa inspirasi politik semata-mata? Bukankah ini jelas menyimpang & mencemarkan kesucian & keistimewaan ummat Islam sebagai ummat yang terbaik? Bukankah Allah telah mengatakan bahawa agama yang diterima hanyalah Islam? Kenapa dicampuradukkan antara 2 perkara yang tidak berkaitan, bahkan mencemarkan & merendahkan martabat ummat itu sendiri.

Jangan kita mengambil mudah tentang sesuatu yang dititik beratkan oleh Allah & RasulNya. Cukuplah kita memcampur aduk antara yang haq & yang batil dalam kehidupan. Janganlah ditambah lagi kesalahan itu & meyebarkannya. Hanyalah ada 1 ummah yang diterima di dalam Islam, jangan dirosakkan apa yang telah sempurna itu dengan retorik sempit yang hanya bersifat sementara.

Wallahualam.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s