Saya bukanlah peminat Bob Lokman atau Isabella, tapi saya meraikan saudara seakidah saya yang kembali kepada fitrah. InsyaAllah, Bob dah temui tujuan hidupnya, anda bagaimana?

Dipetik dari http://ajijoi.blogspot.com/ & http://www.youtube.com/user/tvpas09

Bob Lokman, satu nama yang besar dalam arena seni tanahair khususnya penulisan lirik lagu. Siapa yang tidak tahu tentang lagu Isabella nyanyian kumpulan Search? Lagu tersebut begitu popular suatu ketika dulu. Ciptaan komposer M.Nasir dan liriknya hasil nukilan Bob Lokman. Banyak lagi lagu-lagu popular terutamanya kategori rock yang mendapat sentuhan lirik daripada Bob Lokman.
Tetapi, itu dahulu. Diwaktu beliau dipuncak dalam arena seni dengan melalaikan jutaan peminat dengan karya-karya ‘agung’ beliau.
Kini, Bob Lokman telah bertaubat nasuha daripada gelombang hidup yang penuh dosa. Beliau menzahirkan kesungguhannya didalam menuju jalan Allah dengan menyertai jemaah Islam iaitu PAS hari ini dengan menyerahkan borang keahlian kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak didalam program Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Ikuti luahan hati Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda yang berhimpun hari ini.
Assalamualaikum.
ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus. 

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum’ah demi sum’ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH. 

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat “kerana mu Malaysia”, “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu “KERANA MU ALLAH” & ‘ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN”.

Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH “LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH”. Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan “IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM” didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.
Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH” dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.
Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.
Tambahnya lagi, “kesian dgn org2 melayu yg kaya dan pandai. Penat mereka berusaha di dunia, penat pula merangkak kalau dpt ke syurga atau lebih tenat pula kalau ‘homestay’nya neraka. Tak salah kaya dan pandai, tapi mengapa menolak Ulama’. Bukan semua, tapi mereka yg derhaka. Bertaubatlah…! “
“Benarlah dunia ada ujian. Berkata benar ada ujian. Marah yg benar ada ujian. Berbuat baik ada ujian. Mengutuk pada yg patut ada ujian. Yg paling halus, pujian adalah ujian. 

Susahnya melihat tanpa dosa, susahnya berkata tanpa dosa, susahnya berniaga tanpa dosa, susahnya bekerja tanpa dosa, susahnya berehat tanpa dosa, susahnya puasa tanpa dosa, susahnya sembahyang tanpa dosa, susahnya berdakwah tanpa dosa, susahnya merdeka tanpa dosa namun lebih susah bila ada rasa TIDAK PERNAH BERDOSA..”

Ceramah Pertama Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda..
Anda boleh ikuti luahan & perkembangan beliau di blognya di http://boblokman.blogspot.com/


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s