Salam.

Barangkali disebabkan oleh PRK, barangkali disebabkan oleh tekanan media & masyarakat Islam di dalam & luar negara, seperti di sini, & di sini, PM 1Malaysia mula memutar kembali kenyataannya yang sangat memalukan berkaitan Syeikh Yusuf al-Qardhawi & Ikhwan Muslimin. Terlalu banyak kritikan telah timbul kerana kenyataannya yang dengan jelas memperlihatkan pendirian negatif beliau tentang gerakan Islam & tokoh Islam yang telah banyak berjasa kepada Islam & ummah. Kalau kenyataan ini datang dari PM Israel atau Presiden US kita tak terkejut sangat, tapi bila ia datang dari seseorang seperti PM 1Malaysia, ia memang sesuatu yang menyedihkan & memalukan. Lalu, dalam 1 kenyataan media yang saya tonton di malasysiakini, beliau telah mula bermain ‘Roda Impian & telah mula memutar.

Teruslah bermain & teruslah putar Mr. PM. Tapi kata-kata itu, & bukannya perahu, telahpun terlajak. Memang seronok dapat memutar, tapi tanpa rahmat Allah Al-Khalik yang membawa Islam, gerakan Islam & para ulama itu kepadamu, tak mungkin tanganmu yang lemah itu bisa memutar lagi.

“Saya putar Halim!”

*credits to http://www.youtube.com/user/tsam87

Tulisan di bawah dipetik dari http://ustaznaim.blogspot.com/

Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan

Isu Najib Bidas Sheikh Qardawi sebagai Pengganas

Dari minda Tuan Guru Nik Abdul Aziz : ISLAM SEDERHANA : AJARAN BARU UMNO

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia

yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh

Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.

Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan

bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak

pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence

and extremism (keganasan dan melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah :

“Those concerns center on Qaradawi’s support and justification

for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan

Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah

sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian

ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh

sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

Sudahlah beberapa minggu lepas, salah

seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya

dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam,

hari iniPerdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan

meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya

Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal?

Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam,

neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca

Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah :

Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah

dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali.

Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab,

sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak

sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang

membela diri dan menjaga maruah. FirmanNya :

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً

Yang bermaksud :

Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya

sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya

– Surah al-Taubah, ayat 36.Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan

mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka

bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil

kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti

manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan,

jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia

untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan

pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah

menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula

membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa

yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat

dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian,

kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan

menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan

dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan

umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini

diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula

dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan

dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu?

Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi

kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat

Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah

dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika

Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin

ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di

seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan

Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan

ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri

sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang

semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s