Salam.

Saya melihat situasi politik hari ni sebagai masih menyedihkan. Terutama bagi kaum Melayu. Walaupun jelas ditekan dengan kezaliman & penindasan melalui pelbagai cara dari segi kehilangan tanah rezab, kenaikan harga barang, saman ekor, rasuah & pelbagai perkara mungkar yang dibuat secara jelas (sekadar menyebut sedikit sahaja), masih ramai orang Melayu yang memilih untuk menyokong kerajaan yang korup ini. Begitu mudah berpuas hati, terutama jika digula-gulakan dengan janji dunia yang sedikit. Ramai juga yang memilih untuk bersikap tak peduli, “janji aku dapat hidup selesa dah, taknak peduli la politik-politik ni.” Juga memilih untuk menerima sahaja pembohongan & fitnah yang disuap kepada mereka. Lalu yang difitnah dikatakan yang memfitnah, memang jelas menyedihkan.

Kalaulah Rasulullah s.a.w. tidak berpolitik dahulu, tak mungkin Islam akan sampai sejauh ini hari ini. Islam itu cara hidup lengkap yang datang dari Allah, merangkumi segala aspek hidup termasuk siyasah (politik) sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

Ya, memang ramai orang biasa yang bersikap demikian, tapi lebih malang jika orang yang berpendidikan agama juga turut memilih untuk mementingkan sifat kebangsaan yang sempit & tak bernilai di sisi Allah itu, mengatasi Islam yang sepatutnya diletakkan di tempat yang tertinggi.

Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada kita semua untuk memilih yang terbaik disisiNya sepanjang hidup sementara kita di bumi yang dipinjamkan Allah ini.

Sesungguhnya Islam tidak memerlukan Melayu, tapi Melayulah yang memerlukan Islam.

Wallahualam.

Tulisan di bawah dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

Tulisan Yusuf Qardhawi sanggah Harussani

Berhubung dengan kenyataan dari Mufti Perak, Harussani Zakaria,

disini kami terbitkan satu petikan daripada Kitab Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi mukasurat 222 – 224, cetakan pertama 1998 oleh Maktabah al-Qardhawi.

Petikan ini menunjukkan betapa seriusnya soal memilih pemimpin dan ianya sesuatu ajaran dari Islam. Sebagaimana yang saya tulis dalam Facebook dimana jika masih ada yang berpandangan bahawa mengaitkan undi dengan agama adalah salah maka selayaknya pandangan ini hanya sepatut keluar sari mulut seorang mufti di negara yang mengamalkan ajaran komunis kerana komunis memang menganggap bahawa agama itu adalah bahaya dan candu kepada masyarakat.

Mengundi Adalah Satu Bentuk Daripada Kesaksian

Jika kita melihat kepada sistem-sistem seperti pilihanraya atau pungutan suara, ia pada pandangan Islam adalah satu bentuk kesaksian terhadap kelayakan calon. Oleh itu seorg saksi iaitu adil dan latar belakangnya yang baik seperti apa yang difirmankan Allah yang bermaksud:

“Adakanlah dua saksi yg adil di antara kamu”.

– [At-Talaq 65: 2]

Firma Allah lagi yang bermaksud:

“Dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi”.

– [Al-Baqarah 2: 282]

Kita boleh meringankan syarat adil dan sifatnya di sini mengikut kesesuaian keadaan yang memungkinkan seramai mungkin rakyat memberikan kesaksiannya. Tidak akan digugurkan hak ini melainkan mereka yg telah disabitkan oleh Mahkamah jenayahnya yang mencemarkan kehormatan atau yang seumpamanya.

Sesiapa yang bersaksi kepada seorang yang tidak soleh bahawa dia adalah yangg soleh, maka sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang besar iaitu persaksian dusta yangg telah digandingkan oleh Allah dengan dosa syirik menyekutukan Allah sebagaimana firman-Nya yg bermaksud:

Maka jauhilah kekotoran syirik yg disebabkan penyembahan berhala serta jauhilah perkataan yang dusta.

– [Al-Hajj 22: 30]

Sesiapa yg bersaksi kepada seorang calon bahawa dia adalah seorang yang baik dan sesuai untuk sesuatu jawatan hanya disebabkan dia adalah kerabatnya, anak negerinya, atau untuk kepentingan peribadi yang diharapkannya maka dia telah melanggar perintah Allah.

Firman Allah yg bermaksud:

Dan sempurnakan persaksian kerana Allah.

– [At-Talaq 65: 2]

Sesiapa yang meninggalkan kewajipannya dalam pilihanraya sehinggalah calon yg amanah dan sesuai kalah, dan ia dimenangi secara majoriti oleh orang yang tidak mempunyai sifat kuat lagi amanah, maka sesungguhnya dia telah melanggar perintah Allah yang menyuruh memberikan kesaksian sedangkan dia telah dipanggil untuk melakukannya lalu dia menyembunyikan persaksiannya ketika seluruh umat Islam amat memerlukan persaksiannya.

Firman Allah yg bermaksud:

Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila dipanggil menjadi saksi.

– [Al-Baqarah 2: 282]

Firman Allah lagi yg bermaksud:

Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikan , maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.

– [Al-Baqarah 2: 283]

Sifat2 dan syarat-syarat sedemikian adalah lebih utama bagi sifat dan syarat seorang calon.

Dengan kita menambah syarat-syarat dan petunjuk-petunjuk tersebut kepada sistem pilihanraya, kita akhirnya akan dapat menukarkannya menjadi satu sistem Islam walaupun pada asalnya ia diambil daripada orang lain.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s