Dipetik dari http://islamreturn.blogspot.com/

Salam perjuangan..

Berdiri aku dibumi Sabah ini tidak lama, hanya baru 6 tahun mencari rezki dan menabur bakti dibumi yang bertuah ini. Aku kenali Sabah hanya melalui 3 perkara sahaja semasa kecilku, iaitu melalui gambar bangsa bajau (yang sedang menunggang kuda), filem sejarah ‘Mat Salleh’ dan filem sejarah penentangan penduduk Sabah terhadap penjajahan Jepun. Semua itu aku kenali semasa umur aku di sekolah rendah lagi.

Namun, takdir menentukan, akhirnya aku tercampak kebumi Sabah yang aku kenali dahulu. Alhamdulillah masyarakat Sabah merupakan suatu masyrakat yang sangat ramah dan mudah didampingi. Pun begitu aku tetap mendengar suara-suara kecil yang mempertikaikan orang semenanjung yang datang ke bumi Sabah. Antara suara-suara itu ialah:

– mereka datang nak merampas hak rakyat Sabah
– mereka itu datang mahu memecah belah masyarakat Sabah
– dan lain-lain lagi..

Walaupun agak pedih juga bila perkara sebegitu sampai ke telinga aku, namun aku tetap yakin bahawa kehadiran aku dan teman-teman yang lain ke bumi ini bukan untuk merampas hak rakyat Sabah, bukan juga ingin membolot sumber ekonomi dan jauh sekali memecah belah masyarakat Sabah.

Siapa yang merampas hak Sabah selama 47 tahun mardeka dari British?

Umumnya kita mengetahui bahawa Sabah menyertai Malaysia dengan syarat perjanjian 20 perkara. Kita semua hormati perjanjian tersebut, namun dimanakah silapnya sehingga dikatakan orang semenangjung juga yang bersalah merobek perjanjian tersebut. Siapa orang semenanjung yang dimaksudkan tersebut? Kalau tanya aku, bukan orang semenanjung, tetapi yang merobeknya ialah UMNO. Namun yang peliknya, orang semenanjung telah lama menolak UMNO, buktinya pada pilihanraya 2008 yang lalu, majoriti kerusi UMNO telah kalah di semenanjung, tetapi yang menyelamatkan UMNO ialah masyarakat Sabah yang ditipu/diugut oleh UMNO selama ini. Siapa Musa Aman dan menteri-menterinya..? Adakah mereka orang semenanjung? Tidak, mereka adalah rakyat Sabah. Jadi selama ini, apabila timbul kemiskinan, penyalahgunaan kuasa, merampas balak/tanah dan sebagainya, kenapa isu orang semenanjung pula yang dibangkitkan.

Siapa yang memecah belah masyarakat Sabah?

Sepanjang aku berada dibumi Sabah ini sebenarnya ianya sangat indah buat aku. Tetapi apabila berhadapan dengan budaya UMNO yang dibawa membuatkan hati kecil aku bertanya, kenapa sifat UMNO ini menguasai masyarakat Sabah? Perebutan jawatan di kampung-kampung, perbalahan memilih JKKK, irihati, ugutan dan sebagainya itu adalah penyakit yang dibawa oleh UMNO dan kini ianya menjangkiti masyarakat Sabah.

PAS (Parti Islam Se-Malaysia) penyelamat Rakyat Sabah

Sememangnya aku tetap yakin dengan perkara ini. PAS sebagai sebuah parti politik yang meletakkan asas Islam didalam gerak kerja sesekali tidak akan mengkhianati hak rakyat Sabah tanpa mengira agama, kaum dan keturunan. Amanah khazanah Sabah akan terselamat sekiranya PAS diberi peluang membela nasib rakyat Sabah. PAS langsung tidak mempunyai kepentingan kebendaan untuk tujuan itu, malah PAS sendiri telah berhabis wang dan dana sendiri (dari poket-poket ahli) untuk memastikan hak rakyat Sabah terbela. Ini sememangnya dapat dibuktikan dengan penubuhan NGO TABAH bagi membela nasib rakyat Sabah yang dirampas hak mereka oleh kerajaan yang sedia ada sekarang. Maka terpulang kepada teman-teman ku yang asalnya dari bumi bertuah ini. Siapakah ingin kalian serahkan bumi ini, kepada UMNO yang menyedut keringat rakyat atau kepada PAS yang memberikan hak kepada rakyat. Sememangnya PAS bukan parti semenanjung, bukan orang semenanjung tetapi:

PAS UNTUK ORANG SABAH

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s