Sebagaimana drama-drama fitnah yang pernah dilakonkan di Malaysia sebelum ini, dengan kelemahannya sangat jelas & nyata, tapi bila pemimpin & pihak yang sepatutnya menjaga keamanan menyokong fitnah, maka skrip murahan itu tetap ditayangkan & fitnah itu terus disuburkan. *Bacaan di bawah hanya untuk mereka yang sudi menggunakan otak. Silakan baca ya =)

Dipetik dari http://www.perisik-rakyat.com/ & http://idhamlim.blogspot.com/

Datuk “T”, 110%, “GangBang” & Zulkifli Noordin

Persoalan… Rujuk pada ayat yang telah diBOLDkan:

ARKIB : 22/03/2011

Video seks pemimpin pembangkang didedah
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mac – Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Datuk T’.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

“Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

“Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya,” katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

“Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

“Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar,” tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.

Baik…

Keraguan yang pertama rujuk kenyataan Datuk T yang berikut:

“Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya.

Kemudian yang berikutnya:

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Soalan: Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..?

Keraguan yang kedua rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

Soalan: Perlu dijelaskan pada umum bagaimanakah “teknik” “mencari di belakang laci” meja solek & bagaimanakah caranya untuk kita melihat “wayar berselirat” dibelakang laci..? Adakah laci berkenaan dari jenis “lutsinar”, jenis “tiada penutup dibelakangnya” atau jenis “GangBang”..?

Disini berlaku kekeliruan kerana seingat & setahu gua, belakang laci biasanya terlindung oleh “dinding meja”. bab ni lu orang boleh tengok sendiri laci dekat rumah atau opis korang. aku tak pikir ada laci jenis telanjang tak de dinding dekat belakangnya kecuali laci tu jenis “GangBang”.

Keraguan ketiga rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

“Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya,” katanya.

Soalan 1 (keraguan ketiga): Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

Beb… bukan korang tak tau berapa punya susah nak cungkil laci yang berkunci. kalau rasa nak tau susah ke senang nak cungkil laci yang berkunci, korang boleh cuba dekat laci rumah atau opis masing-masing. praktikal lagi bagus dari dok gebang… cuba sekarang… gua bagi masa lu orang bikin praktikal.

Soalan 2 (keraguan ketiga): CCTV 4 bijik, Perakam 1 bijik… macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

Datuk T kena perjelas bab ni. Gua malas nak soal panjang-panjang. ringkas macam ni cukup, bagi yang biasa dengan alat perakam & CCTV, mesti korang paham soalan aku. tolong perjelas dekat Datuk T sebab penjelasan dia sebanarnya langsung tak jelas & mengelirukan. Lu boleh kelentong wartawan Media Perdana tapi lu tak boleh kelentong gua.

Keraguan keempat rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

pelacur yang berusia 20-an

Soalan (keraguan keempat): Mana Datuk T tau umur pelacur tu “20-an”..? Adakah Datuk T kenal akan pelacur yang berusia “20-an” itu..? kalau Datuk T kenal akan pelacur yang berusia “20-an” itu, kenapa Datuk T tak bawa pelacur yang berusia “20-an” itu bersama Datuk T semasa sessi tayangan khas “Blue Monday at Carcosa Seri Negara” untuk diambil kenyataannya oleh para wartawan yang dijemput..?

Ataupun mungkin jugak pelacur berusia “20-an” itu telah diupah oleh Datuk T dengan bayaran yang dipersetujui untuk “melakonkan” adegan seks tersebut bersama pasangannya yang memiliki susuk tubuh seperti “OKT”..?

Keraguan kelima rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

“Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini?

Soalan (keraguan kelima): Apa yang Datuk T dah lakukan..?

Keraguan keenam rujuk pada kenyataan Datuk T yang beikut:

namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel

Soalan (keraguan keenam): Adakah pihak pengurusan hotel yang membuat rakaman bernilai berjuta-juta ringgit jika dinilai dari sudut kepentingan politik terlampau BANGANG meletakkan peralatan rakaman tersebut didalam laci bilik hotel setelah rakaman selesai dilakukan..?

Sikit ulasan: Gua nak ulas sikit bab CCTV yang ditemui dalam laci yang berkunci tu. agak mengherankan macam mana geng “GangBang” yang bikin rakaman CCTV tu boleh pasang CCTV tanpa disedari atau dilihat oleh “mangsa” yang lepak dalam bilik tu.

Sepemahaman gua la, bila dah Datuk T perjelas bahawa dia jumpa wayar berselerak, gua 110% yakin (gua pinjam keyakinan Zulkifli Noordin) cara terbaik untuk pasang 4 set CCTV tanpa mendedahkannya kepada mata manusia ialah dengan memasangnya didalam bumbung bilik.

Kerja ni bukan kerja senang beb… lu kena panjat dekat atas bumbung tu, tebuk lubang untuk locate 4 set CCTV kemudian tarik cable CCTV (samada cable wayar ataupun fiber optic) yang panjangnya berjela-jela kemudian disambungkan pada main connection. dari main connection lu kena sambung pulak dekat perakam. gitu la lebih kurang.

Kemudian nak kena sambung jugak power supply dekat semua equipment berkenaan. kalau pakai bateri gua ingat leceh banyak sebab lu kena save power, rakaman nak kena buat immedietly bila pelakon memulakan aksi “GangBang”. tapi skil pakai bateri ni memang tak masuk akal la beb…

Yang lain-lain aku malas nak ulas sebab kalau aku ulas pun puak-puak UMNgOk/Beer eNd bukannya ada otak nak pikir.


Ada 1 lagi kemungkinan yang gua tak boleh tolak dalam hal pasang 4 CCTV tanpa dilihat oleh mata manusia. yang ni memang tak mustahil…

Mungkin jugak CCTV tu jenis “wireles”. kalau jenis “wireles”, memang orang tak kan perasan menatang ni… tapi kalau CCTV tu jenis “wireless”, wayar yang berselirat tu nak buat menatang apa…??? Buat rantai motor Zulkifli Noordin supaya 110% selamat dari dibonceng perempuan berbaju seksi..?

Hahahahahahahahahahahaha…!!!

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar

19 Rabiulakhir 1432H.

SHAH ALAM : Fitnah video lucah untuk ‘menutup mulut’ Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang”.

“Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri”

“Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, “kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?” tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, “Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y”. Karpal Singh tanya, “Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y”

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

“Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, “Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?” suami isteri itu kata “Tak ada, Anwar ada bersama kami”.

Polis tanya lagi, “cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?”. Suami isteri kata, “Tak ada”. Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama”

“Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata “Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami”. sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar.”

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. “Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab “Kalau niat dia tayang baik tak apa”. Boleh macam tu?”

2. “Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. “Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,
dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), “ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar”

3. “Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan”

Tv Selangor/-

Kenyataan Akhbar Johari Abdul, MP Sg Petani :

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] –

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Datuk Eskay Shazril

Datuk Rahim Tamby Chik

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Bacaan berkaitan:

idhamlim.blogspot.com/tulisan-zul-kulim-cover-line

idhamlim.blogspot.com/dalang-video-lucah-tan-sri-datuk-umno

idhamlim.blogspot.com/sundal-jadi-modal-politik-murahan-umno

idhamlim.blogspot/bila-rahim-thamby-chik-tidak-dapat sembunyikan dendamnya kepada Anwar

www.perisik-rakyat.com/video-seks-suruhanjaya-110-siasatan

Video dari;

http://www.youtube.com/user/tvpas09

http://www.youtube.com/user/TVSelangor09

Dan seperti biasa, yang buat tayangan lucah dibiarkan berkeliaran, & yang difitnah terus ditekan sang penguasa haloba & Polis Raja Di Malaysia.

Sebagai kesimpulan, saya sarankan pembaca membaca artikel ini;

albelurani.blogspot.com/Baik-itu-mulia-dan-dosa-itu-meragukan

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s