Artikel di bawah dipetik dari

http://www.eperjuangan.com/

Dosa Kerajaan BN di Sarawak

1. Allah swt telah mengurniakan 2 perkara besar kepada BN di Sarawak.

Pertama : Kuasa [ mandat rakyat melalui pilihanraya sejak dulu ]
Kedua : Harta [ Petroleum, balak dan sumber alam yang lain ]

2. Malangnya menurut pengamatan saya, Sarawak jauh tertinggal 2 perkara berbanding Semenanjung .

Pertama : Pembangunan Agama
Kedua : Pembangunan dan Kebajikan Rakyat

3. Tiada siapa boleh menafikan realiti yang saya sebutkan ini. Jika Sarawak negara miskin saya tidak persoalkan, tetapi Sarawak adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi, malang jika saudara ke Sarawak, saudara dapati Sarawak seperti Semenanjung di era 80an malah masih banyak kawasan yang ketinggalan dari segi pembangunan agama dan material.

4. Allah sebut dalam al Quran [surah al Baqarah] bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Khalifah sebagaimana yang ditafsirkan oleh al Mawardi di dalam kitab karyanya Ahkam Sultaniyyah ialah peganti tugas nabi saw dalam :

Pertama : Menegakkan Agama di atas muka bumi
Kedua : Mentadbir dan mengurus muka bumi berdasarkan agama.

5. Harta dan kuasa yang dikurniakan oleh Allah swt selayaknya dimanafaatkan sepenuhnya oleh BN untuk membangunkan agama dan kebajikan rakyat. Malangnya kekayaan hanya berlegar dikalangan elit golongan pemerintah dan mereka yang berada dalam lingkaran pemerintah. Perkembangan agama juga tidak dibangunkan dengan serius. Rata hidup rakyat di Sarawak dalam keadaan miskin dan jahil. Mereka sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan miskin dan jahil agar mereka terus mengekalkan survival kuasa mereka dengan meletakkan rakyat senantiasa bergantung kepada mereka dan mereka pula boleh “memperbodohkan” rakyat.

6. Tanah Rampasan Regim Taib Mahmud

Sumber : Parti Keadilan Rakyat Tingkat 3, Lot 469 Bangunan Al Edrus Jalan Satok 93400 Kuching Sarawak.

200 Kes persengketaan Tanah Dayak di Sarawak dalam 2011. Beribu – ribu hektar tanah Dayak telah dirampas oleh Taib Mahmud. Kebanyakannya telah digondol oleh keluarganya. Mereka mendapat keuntungan dengan menjualkan tanah – tanah itu kepada syarikat – syarikat perladangan. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, Raziah Mahmud dan Mahmud Bekir telah menerima hadiah sebesar kepulauan Singapura dari Ketua Menteri.

  • Bidayuh : Munggu Kupi dan Antara Sg. Igom Sadong. Dirampas oleh bomoh kepada Taib [Ahmad bin Su’ut] – Poliga Sdn Bhd
  • Melanau : Pulau Bruit di rampas oleh Raziah Mahmud [adik perempuan Taib] Quality Concrete Holdings.
  • Iban : Sebangan dirampas oleh Taib Mahmud dan anak saudara Taib dan saudara maranya. Eastern Eden, Poh Zhen dan Mesti Bersatu Sdn Bhd.
  • Iban : Kawasan Jalan Lidong dirampas oleh Timbalan Ketua Menteri Jabu [ Gerald dan Barbara Jabu] – Herba Aromatics Sdn Bhd
  • Iban : Sungai Takan dan Hulu Sungai Nyatak, Tatau dirampas oleh anak saudara Taib Elia Geneid. – Ikrar Bumi Sdn Bhd.
  • Iban : Bijat Land District dirampas oleh anak Taib Mahmud [ Mahmud Abu Bekir Taib] Titanium Management.
  • Iban : Pasai Siong – Sungai Retus dirampas oleh saudara mara dan anak – anak Taib Masretus Oil Palm Plantation.
  • Penan : Kawasan di Mulu dirampas oleh Raziah Mahmud, Taib Mahmud. Mesti Bersatu Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd

7. Kini hanya  5 % sahaja baki hutan hujan yang masih tinggal di bumi Sarawak, Taib Mahmud akan membolot kesemuanya. Ini cuma sebahagian dari ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Kesimpulan :

Rakyat Sarawak mesti manafaatkan pilihanraya kali ini untuk bangkit membuat transformasi seiring dengan transformasi yang sedang meledak di seluruh dunia agar mereka benar – benar bebas dari penguasa yang  memusatkan kuasa dan harta untuk mereka terus bermaharajalela. Keadaan ini berlarutan sejak sekian lama kerana Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa pengimbang [check and balance] dalam pemerintahan dan pentadbirannya. Ini membuatkan BN angkuh dipersada kuasa.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

________________

*Untuk berita video PR terkini;

http://www.youtube.com/user/mediarakyat

http://www.youtube.com/user/buletinonline

http://www.youtube.com/user/tvpas09

http://www.youtube.com/user/TVSelangor09

Rayuan Presiden PAS kepada rakyat Sarawak

Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.

Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama.

Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.

Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.

PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.

Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti.

Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Bukan guna helikopter tetapi hanya dengan sampan untuk bertemu pengundi

Kenali calon PAS:


N22 SEBUYAU
Haji Adam Ahid, 62, anak jati Sebuyau adalah Pesuruhjaya Pas Sarawak. Beliau mempunyai rantaian keluarga yang agak besar dan disegani ramai di kalangan kaum Cina dan Iban.

N20 SADONG JAYA

Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34, lepasan Diploma Kepimpinan Islam dari Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah. Pada 2008, beliau bertanding di Parlimen Batang Lupar tetapi tewas kepada Rohani Abdul Karim (PBB) . Beliau adalah merupakan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak, merangkap Pengarah PASTI negeri Sarawak.

N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagu, 32, merupakan ikon baru Pas Sarawak. Disenangi ramai. Berasal dari Sibu dani mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang Pas Sarawak.

N15 MUARA TUANG

Noraini binti Hamzah, 49, berasal dari Kelantan dan telah menetap 30 tahun di Sarawak. Seorang suirumah separuh masa dan berniaga ini merupakan salah seorang aktivis Pas Sarawak

N03 TANJONG DATU

Nani binti Sahari, 42, dari Petra Jaya Sarawak. Mendapat pendidikan tinggi di UITM . Bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak. Beliau adalah bekas Ketua Wanita PKR.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s